fbpx

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

SHAH ALAM, 17 Nov 2015 — Jelas masyarakat Malaysia sentiasa peka dengan perkembangan nasib bumi dan rakyat Palestin, walaupun di peringkat sekolah sekalipun.

Pada 14 November lepas, Biro HALUAN Palestin telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Raja Muda di sini untuk bersama mengadakan pameran dan jualan bersempena Hari Keusahawanan untuk FIT JUNIOR mereka. Hari Keusahawanan tersebut dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama pihak PIBG dan berlangsung di dataran sekolah berkenaan.

Kemeriahan pada hari tersebut terserlah dengan kehadiran ramai ibubapa bersama anak-anak mereka untuk menyertai setiap aktiviti yang diadakan seperti pameran haiwan eksotik, pengantin cilik, pertunjukan rollerblade, rumah hantu, pameran statik dan sebagainya.

Bahkan, gerai jualan juga turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung untuk membeli sambil menderma dan menikmati setiap pembelian dengan harga yang berpatutan seperti pakaian, makanan, minuman dan pelbagai lagi. Selain itu, pihak luar juga dibenarkan untuk membuka booth termasuklah Biro HALUAN Palestin.

Biro HALUAN Palestin merupakan sebuah biro di bawah NGO HALUAN yang ditubuhkan untuk membantu warga yang memerlukan terutama di Palestin,Gaza dan Syria. Pada hari keusahawanan tersebut, Biro HALUAN Palestin telah membuka booth pameran serta jualan barangan Palestin seperti muffler, baju tshirt, buku berkenaan Palestin dan banyak lagi dengan konsep membeli sambil menderma. Ramai pengunjung yang telah sudi membeli sambil menderma kepada tabung Palestin di gerai pameran. Setiap pengunjung juga turut mendapat maklumat terkini daripada sukarelawan bertugas berkenaan aktiviti yang HALUAN laksanakan demi membantu warga Palestin dan apa yang sedang terjadi kepada negara Palestin kini serta penderitaan yang dialami oleh orang awam yang tidak berdosa.

Hari Keusahawanan tersebut bertujuan mengumpulkan dana PIBG bagi meningkatkan kemudahan murid sekolah berkenaan

Aktiviti Hari Keusahawanan itu berakhir pada jam 5.00 petang setelah tamat beberapa upacara seperti cabutan bertuah dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar sekolah, Encik Kamaruzzaman Yahya.


Laporan oleh Nazatul Azuati Mohd Ramli, sukarelawan HALUAN