fbpx

Jom Riadah Untuk Sihat

Jom Riadah Untuk Sihat

Jom Riadah Untuk Sihat

PASIR GUDANG, 17 Nov 2015 — HALUAN Johor telah mengadakan program riadah di Taman Rekreasi Tasik Perdana, Taman Bukit Dahlia pada 14 November yang lalu. Program ini melibatkan ahli-ahli HALUAN yang berada di daerah berdekatan seperti Ulu Tiram, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Aktiviti ini bukan sekadar aktiviti riadah biasa malah seperti hari keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sesuai untuk semua peringkat umur.

Bermula pada pukul 7.00 pagi dengan melakukan beberapa regangan asas dan selesai kira-kira jam 10.30 pagi. Antara aktiviti utamanya ialah berjogging, satu pusingan besar taman tersebut mempunyai jarak 0.78km dan kebanyakan mereka akan membuat dua hingga tiga pusingan walaupun dalam keadaan berjalan. Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain seperti memanah, sepak takraw, berbasikal dan bermain skipping. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat yang beriadah disitu.

Terdapat beberapa keluarga yang membawa juadah sarapan untuk dikongsi bersama setelah selesai aktiviti riadah. Sebelum pulang ada aktiviti tambahan iaitu gotong royong mencari anak panah yang hilang di sebalik rumput yang tebal. Walaupun anak panah tersebut tidak dijumpai sepenuhnya tetapi berjaya mengurangkan jumlah anak panah yang hilang.

Semoga program sihat seperti ini dapat diteruskan dengan lebih kerap lagi untuk masa yang akan datang.’Riadah is Ibadah’.


Laporan oleh Muhamad Fansuri Kamarudin