fbpx

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

TAMAN PULAI UTAMA, SKUDAI, 15 Nov 2015 — Ketibaan Cik Rohaniah Noor, seorang Perunding Hartanah yang semakin mendapat nama di negara kita, ke Pejabat HALUAN Johor Bahru disambut baik oleh para peserta ‘Sembang-Sembang Hartanah’. Tidak kurang juga para peserta yang mengambil peluang mendapatkan autograf beliau untuk disemadikan dalam buku nukilan Cik Rohaniah Noor sendiri yang berjudul “Beli Rumah Kababoom”.

Sesi bedah buku yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan memberi pengenalan tentang selok-belok pelaburan hartanah kepada para peserta sekaligus membantu penceramah jemputan mempromosikan buku beliau yang baru sahaja diterbitkan dalam tahun ini. Para peserta juga berpeluang berkongsi masalah dan pertanyaan kepada penceramah tentang peaburan hartanah.

Majlis dipengerusikan oleh Puan Nor Aishah Abd Aziz dengan menceritakan latar belakang HALUAN secara umum dan diikuti sesi bedah buku oleh Cik Rohaniah Noor. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab bersama penceramah. Terdapat juga jualan buku “Beli Rumah Kababoom”, buku-buku ilmu hartanah dan makanan ringan selama sesi ini berlangsung.

“Saya banyak menghadiri ceramah atau seminar tentang hartanah, dan inilah perkongsian paling jelas yang saya pernah hadiri,” berkata Encik Ismail Saliyan yang sangat berminat tentang bidang pelaburan hartanah dan perniagaan.

Seramai 25 peserta lain yang hadir juga ternyata berpuas hati dengan perkongsian oleh Cik Rohaniah Noor.

Menurut Pengarah Program, Encik Ahmad Azhar, jumlah penyertaan yang memberansangkan menjadi indikator bahawa sektor pelaburan hartanah semakin popular dalam kalangan masyarakat dan program-program seperti ini akan cuba dianjurkan lagi pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi bagi menguatkan ekonomi muslim di peringkat kebangsaan.


Laporan Dr. Ahmad Azhar Misran, Setiausaha Program Sembang-Sembang Hartanah