fbpx

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

BANDAR BARU BANGI, 12 Nov 2015 — YoungStars Annual Gathering (STAR!) 2015 akan mengumpulkan para remaja lelaki dan perempuan dari seluruh pelusuk negara pada 5 Disember nanti. Ia usaha sama HALUAN dengan Masjid Putra, Putrajaya.

Program sehari suntuk yang akan diadakan di Masjid Putra bertemakan “Mencorak Generasi Melalui Akhlak Terpuji” ini terbuka kepada remaja yang berusia di antara 13-17 tahun tetapi terhad kepada 350 orang sahaja. Ini adalah merupakan program kali kedua, setelah pertama kalinya diadakan di Pendang Lake Resort pada tahun 2013 yang lalu dengan mendapat sambutan hangat.

Antara objektif STAR! kali ini adalah mendedahkan peserta kepada pengalaman tokoh – tokoh yang hebat dalam bidang pendidikan dan pembangunan remaja. Selain dapat mengenal pasti jalan penyelesaian isi-isu terkini berkaitan remaja, peserta juga dapat mencungkil bakat dan potensi remaja dalam kepimpinan dan kreativiti melalui pertandingan yang disediakan.

Aktiviti utama program ini adalah Konvensyen Remaja, Pameran dan Pertandingan. Pemenang pertandingan akan dianugerahkan dengan Anugerah Remaja pada sebelah malamnya.

Konvensyen sebelah pagi bakal menampilkan para pembentang yang berwibawa termasuk Prof. Dr Azizan Ahmad, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Razali Maarof dan Ustaz Umar Aiman, yang bakal mengemukan idea-idea baru serta pendapat yang bernas dalam membincangkan isu-isu dan kecenderungan remaja hari ini. Selepas tengahari, satu sesi perbincangan dan Sidang Pleno akan diadakan bagi mencari pelan bertindak bagi para remaja terutama dalam aspek akhlak yang menjadi tema kali ini.

Sebelah petang akan diadakan pertandingan secara selari; video pendek, pengucapan awam dan larian. Pertandingan lain seperti penulisan sajak, fotografi, inovasi kreatif, juga akan diadili sepanjang program ini. Kemuncak program ini adalah malam anugerah, di mana pemenang pertandingan akan di anugerahkan mengikut kategori pertandingan dan di selang-seli dengan persembahan daripada para peserta. Manakala sepanjang hari juga akan diadakan pameran kesihatan, kecergasan, rekreasi dan pendidikan.

Peserta hanya dikenakan yuran RM20.00 sahaja untuk semua itu.
JOM SERTAI SEKARANG ! Cungkil dan Serlahkan bakat anda di STAR !
Pendaftaraan Online di http://goo.gl/YzXtXx

Maklumat lanjut sila like FB STAR! https://m.facebook.com/KeARAHyoungStars/