fbpx

Posts Tagged: Education Supports

HALUAN Diberi Kepercayaan Teruskan RCEC Melalui Suntikan Dana NAMA Foundation

HALUAN Diberi Kepercayaan Teruskan RCEC Melalui Suntikan Dana NAMA Foundation

BANDAR BARU BANGI, 8 Julai 2019 — HALUAN telah menerima tambahan dana dari NAMA Foundation untuk fasa ke tiga bagi program pendidikan komuniti Rohingya menetap di Malaysia. Suntikan dana ini merupakan satu bentuk keyakinan dan kepercayaan oleh pihak NAMA Foundation kepada HALUAN bagi meneruskan usaha-usaha kemanusiaan khususnya bagi memperkasakan sektor pendidikan bagi komuniti etnik pelarian …

Graduan Tempuhi Cabaran Kerjaya di HAK 2019

Graduan Tempuhi Cabaran Kerjaya di HAK 2019

BANDAR BARU BANGI, 3 Julai 2019 — Kursus dua hari satu malam Hijrah Alam Kerjaya (HAK) 2019 yang mensasarkan graduan bekas didikan HALUAN berlangsung pada 29 dan 30 Jun lepas di sini. Ia bertujuan untuk memastikan kesinambungan dakwah dan tarbiah setelah seseorang itu memasuki alam kerjaya serta memberi pendedahan tentang ilmu dan kemahiran yang diperlukan …

UNHCR Iktiraf RCEC Gabungan HALUAN-NAMA Foundation

UNHCR Iktiraf RCEC Gabungan HALUAN-NAMA Foundation

BANDAR BARU BANGI, 27 Jun 2019  — Rohingya Community Educare Center (RCEC) yang merupakan kerjasama pintar antara HALUAN dan NAMA Foundation telah mendapat pengiktirafan sebagai pusat pendidikan alternatif oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). UNHCR juga dikenali sebagai agensi Pelarian PBB merupakan program yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi dan …

Sekolah Islam Swasta Perlu Kuasai Bahasa Inggeris Dan Ceburi TVET – Dr Maszlee Malik

Sekolah Islam Swasta Perlu Kuasai Bahasa Inggeris Dan Ceburi TVET – Dr Maszlee Malik

PUTRAJAYA, 24 Mei 2019 – YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia menekankan dua pendekatan bagi memperkasakan Institusi-institusi Pendidikan Islam Swasta agar terus kekal relevan pada masa akan datang. Dua pendekatan teras itu adalah menguasai Bahasa Inggeris dan menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). “Sikap kita harus terbuka jika ingin melihat Malaysia berjaya …

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

BANDAR BARU BANGI, 14 Mac 2019 — Penantian bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2018 yang dinanti dengan penuh debaran berakhir hari ini. HALUAN mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha sehabis baik ketika menduduki peperiksaan yang lalu. Kepada pelajar, ibu bapa dan warga pendidik, keputusan pada hari …

HALUAN Bantu Baikpulih University College of Applied Sciences Gaza

HALUAN Bantu Baikpulih University College of Applied Sciences Gaza

BANDAR BARU BANGI, 17 Jan 2019 – HALUAN dengan kerjasama International Educational Scientific and Cultural Organisation (IESCO) telah membaikpulih University College of Applied Sciences Gaza yang rosak akibat bedilan rejim zionis. Akibat serangan oleh tentera Zionis pada 27 Oktober 2018, universiti berkenaan telah mengalami kerosakan di bahagian pintu masuk utamanya. Alhamdulillah, hasil sumbangan rakyat Malaysia …

Gilap Komunikasi Dengan ‘Town Trekking’

Gilap Komunikasi Dengan ‘Town Trekking’

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2018 – Antara aktiviti yang dijalankan di dalam Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) 2018 adalah Jelajah Bandar atau ‘Town Trekking’. Peserta disusun untuk bertemu dengan ahli masyarakat, serta pemimpin institusi masyarakat seperti masjid, balai polis dan lain-lain dengan tugasan-tugasan yang memerlukan mereka bertanya beberapa perkara tentang fungsi dan …

i-JDK 2018 Zon 2 Selangor Dirasmikan

i-JDK 2018 Zon 2 Selangor Dirasmikan

SHAH ALAM, 15 Dis 2018 – Seramai 98 orang peserta di kalangan lepasan SPM 2018 telah mendaftar dan turut bersama memeriahkan perasmian Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) 2018 tahun ini di Kem Bumi Jati di sini. Perasmian kursus kali ke-10 itu telah disempurnakan YDP HALUAN Selangor, Encik Zainusham Yusof dan turut dihadiri AJK …

HALUAN Fitrah Latih Petugas iJDK 2018

HALUAN Fitrah Latih Petugas iJDK 2018

BANDAR BARU BANGI, 10 Dis 2018  — Biro HALUAN Fitrah (BHF) gigih melaksanakan latihan dalaman untuk para penceramah serta fasilitatornya sempena persiapan Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (i-JDK) 2018 yang akan berlangsung di seluruh negara dari 15 ke 23 Disember ini. Seperti di tahun-tahun lalu, ketua koordinator BHF tahun ini telah memastikan semua penceramah …

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Merujuk kepada kenyataan akhbar Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik dalam Utusan Online bertarikh 21 November 2018 yang berkata dua jenis sekolah tersebut di atas agak ketinggalan dalam belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan awal bulan November lepas, justeru itu Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan ini: Menyokong penuh dan mengharapkan ianya dapat …