fbpx

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

JOHOR BAHRU, 13 Nov 2015 — Sekali lagi HALUAN Cawangan Johor telah melangkah satu tapak kehadapan membina hubungan kerjasama dengan sebuah agensi kerajaan yang menonjol dengan pelbagai gerak kerja dakwah di Malaysia pada 11 November 2015 yang lalu.

Lawatan Rasmi HALUAN ke Pejabat Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Zon Selatan di Tampoi, Johor telah disambut mesra dengan penuh mahabah oleh Pengarah YADIM Zon Selatan sendiri, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah.

Deligasi HALUAN ini telah disertai oleh Encik Shamsuddin Romani, Timbalan YDP HALUAN Johor dan dua orang wakil daripada Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Johor.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara HALUAN dan YADIM serta bertukar pandangan serta pengalaman di samping mencari peluang untuk bekerjasama antara kedua badan ini bagi mengimarahkan lagi aktiviti berunsurkan Islam kepada masyarakat khususnya di negeri Johor.

“YADIM mengalu-alukan pihak HALUAN dan juga badan-badan bukan kerajaan yang lain untuk bersama-sama memberi khidmat kepada masyarakat khususnya Johor,” jelas Ustaz Muhamad Ammar.

Pertemuan sekitar sejam itu dimanfaatkan sebaiknya bagi memperbincangkan hala tuju hubungan kerjasama serta projek-projek terdekat yang boleh dilaksanakan oleh dua-dua badan secara bersinergi serta memaksimakan segala kepakaran yang dimiliki bagi menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderhati daripada pihak HALUAN kepada YADIM sebagai penghargaan di atas kesudian untuk menerima kunjungan hormat HALUAN. Besar harapan HALUAN Johor untuk terus menjalinkan hubungan dengan pihak YADIM di masa-masa mendatang dengan pelbagai bentuk kerjasama bagi merealisasikan visi serta misi organisasi yang selari untuk manfaat ummah.

HALUAN sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan kerja sama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sejajar dengan visi serta misi HALUAN bagi menyebarluaskan Islam di tanah air tercinta, Malaysia.


Laporan oleh Hilmi Abd Razak, Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Cawangan Johor