fbpx

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

BANDAR BARU BANGI, 17 Nov 2015 — HALUAN mengorak langkah dengan mengadakan kelas khas Bahasa Melayu untuk para pelajar Palestin di bawah tajaannya di Malaysia. Seramai lima orang pelajar berkenaan telah terlibat sejak 7 November lepas di Kolej Teknologi Darulnaim, Kuala Lumpur (KTD KL).

Kelas ini diadakan sekali seminggu selama dua jam. Mengikut silibus yang dibuat oleh KTD KL, kelas tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bagi membolehkan semua pelajar tajaan berkenaan dapat menguasai Bahasa Melayu komunikasi. Ini penting bagi mereka berinteraksi dengan ahli HALUAN dan masyarakat di Malaysia.

Dengan kemampuan terbaru itu, adalah diharapkan mereka dapat menyampaikan maklumat terkini perihal Palestin dengan cepat dan tepat kepada masyarakat Malaysia. Apabila mereka menamatkan pembelajaran mereka dan pulang ke Palestin nanti, mereka akan menjadi penghubung di antara masyarakat Palestin dan Malaysia.

Guru Bahasa Melayu mereka, Encik Muhammad Umar Aiman Osman merupakan seorang guru yang berpengalaman dalam mengajar bahasa. Beliau juga berkebolehan menterjemah Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu dan ini memudahkan para pelajar memahami apa yang diajarnya. Manakala pelajar-pelajar Palestin berkenaan juga didapati bersungguh-sungguh dalam mempelajari Bahasa Melayu.

Adalah diharapkan dengan penguasaan bahasa baru ini, mereka akan dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh HALUAN seperti ceramah, forum dan wacana berkaitan isu Palestin dan Syria.


Laporan oleh Muhammad Mus’ab Sa’ari, Setiausaha Kerja Biro HALUAN Palestin