fbpx

Archive for October, 2017

Legasi Tan Sri Muhammad Ali perlu dikembangkan

Legasi Tan Sri Muhammad Ali perlu dikembangkan

BANDAR BARU BANGI, 31 Okt 2017 — HALUAN hari ini menerima berita pemergian tokoh korporat dan pembangunan usahawan negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, dengan penuh kesedihan. Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali, 70, meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara, Kuala Lumpur, pada jam 3:30 petang tadi dan telah selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit …

SEMAI 2017 Digencar Ramai Pemikir Akademia

SEMAI 2017 Digencar Ramai Pemikir Akademia

BANDAR BARU BANGI, 30 Oktober 2017 – Seminar Pembangunan Modal Insan ke-9 (SEMAI 2017) yang dianjurkan oleh Biro Pengajian Tinggi HALUAN pada 27 Oktober lepas telah melibatkan 53 pembentang kertas kerja akademik. Seminar dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) ini telah berlangsung di bangunan Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan …

Pertanian Asas Pembangunan Modal Insan

Pertanian Asas Pembangunan Modal Insan

KUANG, SELANGOR, 29 Okt 2017 – Satu lawatan kerja ke tapak pembangunan pusat latihan modal insan HALUAN di Kampung Sri Kundang, Kuang telah disempurnakan oleh Pengarah Perhubungan Luar HALUAN, Encik Ahmad Fisal Salleh. Lawatan tersebut bertujuan mengkaji kemungkinan bagi membangunkan Pusat Latihan Modal Insan HALUAN di sana. Keperluan melahirkan modal insan yang berdaya saing, berakhlak, …

Derita Etnik Rohingya Turut Dirasai Pelajar Maahad

Derita Etnik Rohingya Turut Dirasai Pelajar Maahad

KANGAR, 28 Okt 2017 – Tangisan dan penderitaan ratusan ribu anak-anak Rohingya di Rakhine, Myanmar dan di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh turut dirasai bersama oleh lebih 400 pelajar-pelajar Maahad AtTarbiyyah Islamiyyah (MATRI), Beseri, Perlis. Tragedi kemanusiaan yang amat tragis tersebut dipaparkan semasa satu sesi ceramah dan tayangan video bertajuk ‘Rohingya- the most persecuted minority’ …

Transition Orientation Program (TOP) Bulatkan Tekad Bakal Houseman & New Dental Officer

Transition Orientation Program (TOP) Bulatkan Tekad Bakal Houseman & New Dental Officer

BANDAR BARU BANGI, 28 Okt 2017 – Bengkel persediaan menjelang memasuki alam pekerjaan untuk bakal houseman dan pegawai pergigian baru, Transisi & Orientasi (TOP) siri ke-3 di sini mendapat perhatian lebih 40 orang peserta, termasuk pegawai perubatan, pergigian serta pakar. Program anjuran Biro Kesihatan HALUAN ini diadakan saban tahun untuk mempersiapkan ahli-ahli HALUAN agar cakna …

HALUAN Terima Sumbangan Dana Untuk NGO Islam

HALUAN Terima Sumbangan Dana Untuk NGO Islam

PUTRAJAYA, 17 Okt 2017 — HALUAN menerima sumbangan dana berjumlah RM50,000 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu majlis yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom, di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. HALUAN merupakan salah satu daripada 88 badan-badan bukan kerajaan Islam …

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

TEKNAF, BANGLADESH, 15 Okt 2017 — Pasukan kedua relawan HALUAN yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di bawah gabungan SINAR4ROHINGYA menyambung usaha pasukan terdahulu membantu pelarian yang baharu tiba di sempadan Bangladesh, khususnya di sekitar wilayah Teknaf. Sebanyak 100 bungkusan kit kebersihan diri telah berjaya diagihkan kepada keluarga pelarian yang baharu tiba di kem Maisori Teknaf, …

Madrasah Perkampungan Rohingya Disantuni

Madrasah Perkampungan Rohingya Disantuni

BUTTERWORTH, 11 Okt 2017 — HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menyerahkan sumbangan material untuk meringankan beban penduduk perkampungan Rohingya di Bagan Dalam di sini. Sumbangan yang termasuk kipas dinding, tikar getah, kerusi plastik dan buku iqra diserahkan kepada Madrasah Zainun Naim di perkampungan berkenaan. Sumbangan peralatan tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shukri Nordin, mewakili …

KADER 2017 Bangkitkan Semangat Belia

KADER 2017 Bangkitkan Semangat Belia

PUTRAJAYA, 8 Okt 2017 – Suatu petanda baik berlaku bahawa semakin ramai belia Islam ingin bergandingan berdakwah mengubah masyarakat apabila hampir 400 orang pemuda-pemudi hadir ke Kolokium Anjakan Daie Rabbani 2017 (KADER ’17) kali ketujuh di sini baru-baru ini. Kolokium tersebut disertai golongan muda daripada keahlian Kelab Siswa HALUAN, Biro Pemuda HALUAN dan Biro HALUANITA …