fbpx

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Kepada Pelarian Rohingya

TEKNAF, BANGLADESH, 15 Okt 2017 — Pasukan kedua relawan HALUAN yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di bawah gabungan SINAR4ROHINGYA menyambung usaha pasukan terdahulu membantu pelarian yang baharu tiba di sempadan Bangladesh, khususnya di sekitar wilayah Teknaf.

Sebanyak 100 bungkusan kit kebersihan diri telah berjaya diagihkan kepada keluarga pelarian yang baharu tiba di kem Maisori Teknaf, yang terletak kira-kira 150 kilometer dari bandar Cox’s Bazar. Kit tersebut mengadungi tuala wanita, sabun mandi, ubat dan berus gigi, periuk serta kendi air.

Mereka menyelamatkan diri dari kekejaman tentera Myanmar dalam keadaan tergesa tanpa sebarang bekalan, sehingga ada ibu yang terpaksa lari bersama anak-anak semasa masih dalam pantang.

Begitu tinggi harapan mereka menantikan agihan bantuan, sehingga terpaksa menanti dari petang hingga malam dalam keadaan berhujan.

Di sini terdapat lebih 200 keluarga pelarian Rohingya yang baharu tiba. Sebahagian besar daripada mereka terpaksa mengharungi perjalanan sukar selama lapan hari hingga dua minggu, dan tiba dalam keadaan tidak terurus serta terpaksa menumpang sementara di dalam khemah yang dipasang di atas tanah milik penduduk kampung.

Mereka tidak ada pilihan kecuali berteduh dalam khemah yang panas dengan hanya berlantaikan tanah. Makan minum seharian seharian mereka bergantung kepada ihsan penguasa kem di bawah seliaan tentera Bangladesh.

Menurut ketua misi, Abd Bashir Abd Ghani, kit kebersihan diri ini akan dapat membantu untuk menjaga tahap kebersihan dan kesihatan mereka setelah beberapa hari tidak dapat membersihkan diri dengan sempurna. “Agihan ini adalah sebahagian daripada program menunaikan amanah rakyat Malaysia yang disalur derma melalui Tabung Sinar4Rohingya,” kata Abdul Bashir. “Beberapa lagi aktiviti pengagihan akan dijalankan di beberapa lokasi lain yang memerlukan.”

Anda boleh sertai misi ini dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun berikut:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

Sila emel resit bayaran ke unit.kewangan@haluan.org.my dengan tajuk “Sinar4Rohingya”.


Disediakan oleh Abd Bashir Abd Ghani, Ketua Unit Rohingya, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN.