fbpx

KADER 2017 Bangkitkan Semangat Belia

KADER 2017 Bangkitkan Semangat Belia

KADER 2017 Bangkitkan Semangat Belia

PUTRAJAYA, 8 Okt 2017 – Suatu petanda baik berlaku bahawa semakin ramai belia Islam ingin bergandingan berdakwah mengubah masyarakat apabila hampir 400 orang pemuda-pemudi hadir ke Kolokium Anjakan Daie Rabbani 2017 (KADER ’17) kali ketujuh di sini baru-baru ini.

Kolokium tersebut disertai golongan muda daripada keahlian Kelab Siswa HALUAN, Biro Pemuda HALUAN dan Biro HALUANITA dari seluruh negara. Program tiga hari dua malam dari 6 ke 8 Oktober itu adalah anjuran bersama HALUAN dan Masjid Putra, Putrajaya.

Program KADER ini diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi. Ia dianjurkan bagi memperkemaskan strategi dakwah di kalangan sukarelawan belia seluruh Malaysia dalam menjayakan visi dan misi HALUAN, khususnya peranan belia agar mereka dapat berkerja dengan halatuju yang lebih jelas, istiqamah dan efisien.

Antara slot pengisian KADER pada tahun ini menampilkan Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman; Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat; Naib Presiden HALUAN, Prof Dr. Zamrin Dimon; Kepimpinan HALUAN seperti Cikgu Mohd Abdoh Zainal Abidin, Cikgu Azmi Bahari, Cikgu Abdul Nasir Salleh, Ir. Megat Saidi Nik Ngah, Puan Alfiah Samingan dan ramai lagi.

Pengarah program KADER ’17, Encik Abu Ubaidah Sharudin berkata aktiviti pada kali ini adalah unik berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana peserta diketengahkan dengan sesi praktikal Dakwah Jalanan di mana setiap peserta berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung serta staf Masjid Putra pada hari kedua pelaksanaannya.

Program ini berakhir dengan ucapan penutup dan resolusi kolokium oleh ketua Biro Pemuda HALUAN, Encik Hasri Ahmad.

Harapannya, program seperti ini dapat diteruskan pada tahun yang mendatang agar lebih ramai pemuda yang memahami Islam secara menyeluruh dan akan terus berkerja bersungguh-sungguh dalam memikul amanah dakwah memperbaiki keadaan masyarakat agar mentaati perintah Allah SWT.


Laporan Maryam Shamsuddin oleh Setiausaha Kolokium Anjakan Daie Rabbani 2017