fbpx

HALUAN Terima Sumbangan Dana Untuk NGO Islam

HALUAN Terima Sumbangan Dana Untuk NGO Islam

HALUAN Terima Sumbangan Dana Untuk NGO Islam

PUTRAJAYA, 17 Okt 2017 — HALUAN menerima sumbangan dana berjumlah RM50,000 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu majlis yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom, di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

HALUAN merupakan salah satu daripada 88 badan-badan bukan kerajaan Islam yang terpilih untuk menerima sumbangan bagi tahun 2017.

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Jamil Khir berharap semua NGO dapat membina semangat kekuatan bersama dalam usaha membantu masyarakat. “Agensi-agensi kerajaan dan NGO perlu menggembeling tenaga dalam rangka untuk menghadapi cabaran-cabaran Islam hari ini,” kata beliau.

Serahan dana tersebut telah diterima oleh Setiausaha Agung HALUAN, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin. Beliau berterima kasih di atas keprihatinan JAKIM terhadap cabaran NGO Islam dalam menganjurkan program-program pembangunan masyarakat. Beliau berkata, “Dengan bantuan seperti ini, lebih banyak program yang dapat kita adakan untuk masyarakat, khususnya golongan remaja yang akan pemimpin masa hadapan.”

Majlis serahan turut dimeriahkan dengan sesi forum NGO Islam yang bertema “Sinergi NGO Islam Dalam Modifikasi Pembangunan/Kesatuan Ummah” yang mengenengahkan ahli panel dari Suhakam, ABIM dan JAKIM.