fbpx

Archive for January, 2015

HALUAN Gesa Bantuan Pasca Banjir

HALUAN Gesa Bantuan Pasca Banjir

KUALA KRAI, 12 Jan 2015 – Bencana banjir lumpur yang mengakibatkan sebahagian besar negeri Kelantan ditenggelami air telah meninggalkan kesan yang sangat besar kepada mangsa yang terlibat. Pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan malah kumpulan mahupun individu telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan segera sebagai menyantuni keperluan awal. Pusat Operasi Banjir (POB) HALUAN di Kuala Krai …

Mangsa Banjir Kg Kemubu Berpindah Tujuh Kali

Mangsa Banjir Kg Kemubu Berpindah Tujuh Kali

KUALA KRAI, 9 Jan 2015 — Banjir besar luar jangkaan yang melanda beberapa negeri Pantai Timur baru-baru ini telah memaksa beberapa buah keluarga di Kampung Kemubu, dalam daerah Dabong berpindah sehingga tujuh kali untuk menyelamatkan diri dan harta benda mereka. Pengalaman mereka berpindah-randah dari satu tempat tinggi ke tempat tinggi yang lain dikongsi oleh Ustaz …

Kursus JDK 2014 Tamat di Seluruh Negara

Kursus JDK 2014 Tamat di Seluruh Negara

jdk-tutup-01SHAH ALAM, 3 Jan 2015 – Majlis penutup Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) anjuran HALUAN Malaysia yang tamat di Zon Tengah pada 31 Disember lepas sekaligus menandakan tamat dengan rasminya kursus berkenaan di empat zon seluruh negara. Tiga lagi zon yang tamat serentak adalah Zon Utara di Perlis, Zon Timur di Kelantan dan …

Fasa Pembersihan Bermula Di Temerloh

Fasa Pembersihan Bermula Di Temerloh

pahang-4-01TEMERLOH, 2 Jan 2015 – Pada hari Jumaat yang diberkati ini, cuaca di Temerloh sangatlah baik. Panas terik dari pagi hingga ke hujung petang. Hasilnya, paras air banjir telah menyurut dengan cepat, hingga hampir empat kaki. Ramai mangsa-mangsa banjir telah mula pulang ke rumah masing-masing dari pusat-pusat penempatan dan rumah-rumah penginapan sementara bagi menguruskan pembersihan …

Relawan: Kesan Banjir Ibarat Pasca Tsunami

Relawan: Kesan Banjir Ibarat Pasca Tsunami

tsunami-01PULAU PINANG, 5 Jan 2015 — Kemusnahan yang menimpa beberapa kawasan terlibat banjir di Kelantan diumpamakan seperti pasca tsunami di Acheh yang berlaku pada 26 Disember, 2004. “Kami terkejut ketika mula-mula melihat kesan banjir. Seperti dilanda tsunami.” Demikian menurut beberapa orang Relawan HALUAN Pulau Pinang yang baru pulang daripada Kelantan dalam Misi Kemanusiaan Banjir (MKB) …

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

Kutipan Derma Banjir: HALUAN Kesan Penipuan

tipu-01BANDAR BARU BANGI, 6 Jan 2015 – HALUAN Malaysia amat kesal kerana terdapat individu-individu tertentu telah menggunakan nama HALUAN untuk mengutip dana kononnya untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. HALUAN ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip dana tersebut bagi pihak kami, lebih-lebih lagi dengan menggunakan nombor …

Mangsa Banjir Temerloh Terima Bekalan

Mangsa Banjir Temerloh Terima Bekalan

TEMERLOH, 1 Jan 2015 – Penduduk Temerloh, Pahang yang teruk ditimpa bencana banjir terus menerus disantuni NGO-NGO termasuk daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN). Satu pasukan relawan HALUAN telah menerima arahan daripada Pusat Operasi Banjir Temerloh (POBT) untuk menghantar barang bantuan seperti pakaian, tudung, susu bayi dan lampin bayi ke Pusat Pemindahan SK …

Melankoli di Penutup JDK Zon Tengah

Melankoli di Penutup JDK Zon Tengah

SHAH ALAM, 31 Dis 2014 – Tiga minggu terasa amat pantas sekali berlalu. Begitulah keluhan am peserta Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) di Zon Tengah anjuran HALUAN Malaysia di hari-hari terakhir mereka bersama. Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan keberatan untuk berpisah dengan rakan-rakan baru yang ditakdirkan bertemu sebumbung demi mencorak kehidupan ambang dewasa. …

Ibu Bapa Puashati Anak Lalui JDK

Ibu Bapa Puashati Anak Lalui JDK

SHAH ALAM, 1 Jan 2015 – Kepuasan terpancar di wajah ibu bapa yang tiba untuk menjemput anak-anak mereka pulang setelah tamat menjalani Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) di Zon Tengah anjuran HALUAN Malaysia yang tamat pada 31 Disember. Bersamanya juga adalah harapan agar kursus tiga minggu tersebut benar-benar mampu mentransformasikan anak-anak mereka menjadi …

HALUAN Selangor Terus Santuni Mangsa Banjir Temerloh

TEMERLOH, 31 Dis 2014 – Pasukan pertama relawan HALUAN Cawangan Selangor meneruskan usaha menyatuni mangsa banjir di beberapa lokasi di sini yang telah terputus bekalan dan terperangkap oleh bencana banjir sejak lima hari lepas. Hari ini merupakan hari kedua bagi 10 orang relawan yang datang bersama dua kenderaan pacuan empat roda menyantuni mangsa banjir di …