fbpx
Orang Asli Air Banun

Orang Asli Air Banun

Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun

Projek ini merupakan projek sulung HALUAN dalam menyantuni orang asli yang rata rata-rata tertinggal dari arus pembangunan negara.

Raised

RM2,400

Goal

RM70,520

MAKLUMAT PROJEK

Penduduk orang asli yang mendiami kampung ini adalah antara yang termundur di gagasan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun dari segala segi. RPS Air Banun adalah gugusan terdiri daripada 18 buah perkampungan terpencil.

Mereka bersikap enggan menerima bantuan daripada pihak kerajaan atau mahupun swasta, melainkan yang perlu sahaja seperti kesihatan dan bantuan bahan makanan. Penolakan mereka ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa dan badan korporat tertentu telah merampas hak tanah mereka, mengganggu dan menghalang tatacara kehidupan mereka yang bebas di kawasan Hutan Simpan Belum.

Mereka kini dilarang untuk memburu dan atau membunuh binatang liar seperti gajah, babi hutan dan binatang lain yang merosakkan tanaman mereka. Hakikatnya mereka terpaksa memburu untuk kesinambungan hidup. Intervensi pihak luar termasuklah Perhilitan dan NGO yang melindungi binatang liar menyukarkan survival mereka di dalam belantara itu.

  • Membaik pulih keadaan fizikal dan persekitaran Perkampungan Air Banun agar lebih kondusif yang membawa kepada kehidupan yang lebih sihat dan bersih
  • Melahirkan generasi penduduk kampong kampung yang sihat dan aktif dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Melatih kemahiran pertanian agar tanah terbiar menjadi punca pendapatan baharu dalam usaha mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi mereka.
  • Memujuk-didik anak-anak kecil dan remaja kampung yang hampir kesemuanya buta huruf untuk menghadiri kelas-kelas pembelajaran membaca dan menulis.
  • Membina jati diri dan syahsiah terpuji dalam kalangan penduduk melalui pendidikan.
  • Memberi pendidikan agama yang berterusan kepada penduduk kampung.
  • Memberi latihan kemahiran memasak dan menjahit untuk kaum wanita agar ia menjadi punca pendapatan keluarga.
  • Menubuhkan pusat aktiviti pendidikan.

MAKE A DONATION NOW

Orang Asli Air Banun – Fasa 2

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM50.00

Care about people to transforming their lives
and exudes a positive Impression to believe.

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

Orang Asli Air Banun Terima Barang Dapur

AIR BANUN GERIK, 25 Apr 2020 – Pelaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang HALUAN untuk terus berbakti menyampaikan sumbangan kepada penduduk orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini. Mendapat kebenaran perjalanan daripada pihak berkuasa dan mematuhi semua peraturan keselamatan, seramai enam orang relawan HALUAN Pulau Pinang diketuai NYDP 2, Encik …

HALUAN Kunjung Hormat ke Jabatan Agama Islam Perak

HALUAN Kunjung Hormat ke Jabatan Agama Islam Perak

IPOH, PERAK, 23 Jan 2020 – Semangat berdakwah dan menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan perhatian dan bimbingan sentiasa di hati para sukarelawan HALUAN di mana sahaja mereka berada. Jalinan dengan pihak-pihak berwajib terus dilaksanakan demi mencapai tahap kerjasama lestari yang mampan demi masyarakat. Untuk itu, empat orang kepimpinan HALUAN cawangan Pulau Pinang dan seorang wakil …

Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

Bakal Dai Orang Asli Masuk ke IDIP

KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Jan 2020 – Kegigihan dakwah HALUAN semakin membuahkan hasil. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan masyarakat Orang Asli, HALUAN telah membantu pengurusan pendaftaran seorang pelajar Orang Asli daripada Rancangan Penempatan Semula Orang Asal (RPS) Air Banun, Gerik, Perak, adik Anwar Charol di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di sini pada 5 …

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

Lepasan iJDK Jadi Relawan Tani di Kampung Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 21 Dis 2019 – Seramai 15 orang lepasan iJDK Zon Utara di ketuai oleh bekas Kem Komandan, Encik Umar Khairuddin bersama lima relawan HALUAN diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Pulau Pinang, Encik Saiful Azmi telah turun ke perkampungan orang Asli Air Banun untuk bergotong-royong bersama dengan tuan tanah, Pak Dalong, Penolong …

Masjid, Sekolah, HALUAN Santuni Orang Asli

Masjid, Sekolah, HALUAN Santuni Orang Asli

AIR BANUN, GERIK, 3 Nov 2019 — Hampir 80 peserta sekitar Pulau Pinang telah menjayakan program Tautan Kasih di kampung orang asli Air Banun di sini semalam. Mereka terdiri daripada pasukan 20 orang sukarelawan daripada Masjid At-Taqwa di Taman Bertam Indah Seberang Perai, 45 murid dan guru daripada Sekolah Menengah Agama Ibrah Tanjung Putus serta …

Ziarah Mahabbah Membuah Syahadah di Air Banun

Ziarah Mahabbah Membuah Syahadah di Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 3 Nov 2019 – Dengan tidak disangka program lawatan bulanan tautan kasih anjuran HALUAN Pulau Pinang ke sini telah membawa kepada syahadah sebuah keluarga orang asli seramai lima orang. Ketua keluarga, Encik Osman Melengsing, 47, berserta isteri dan anak seramai lima orang telah mengucapkan dua kalimah syahadah di depan ratusan penduduk kampung …

Sukses Fasa 1: Relawan Tani HALUAN Lancar Fasa 2 Untuk Orang Asli Air Banun

Sukses Fasa 1: Relawan Tani HALUAN Lancar Fasa 2 Untuk Orang Asli Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 20 Okt 2019 – Sekali lagi seramai 10 orang sukarelawan HALUAN cawangan Pulau Pinang turun berbakti menjayakan projek sosio-ekonomi pertanian penduduk orang asli Kampung Air Banun di sini semalam. Pasukan kali ini yang diketuai oleh Cikgu Idris Ahmad telah bergotong-royong bersama penduduk kampung membersih dan membesarkan tapak pertanian berkenaan dalam Fasa Kedua. …

ASSAK77 & HALUAN Korban Lembu di Air Banun

ASSAK77 & HALUAN Korban Lembu di Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 15 Ogos 2019 — Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK 77) telah sudi menyumbangkan dua ekor lembu korban sempena Aidiladha 1440H lepas untuk penduduk perkampungan orangasli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini. Salah sebuah daripada lapan buah kampung tertua di RPS berkenaan, Kampung Air Banun, adalah tapak kerja …

HALUAN P.Pinang Sedia Bantu Korban Oleh ASSAK77

HALUAN P.Pinang Sedia Bantu Korban Oleh ASSAK77

AIR BANUN, GERIK, 8 Ogos 2019 — HALUAN bersetuju membantu Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kedah (ASSAK77) untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang bakal menjelang pada tahun ini. Untuk itu, dua mesyuarat berasingan telah dilaksanakan untuk memastikan kejayaan program tersebut. ASSAK77 buat pertama kalinya berhasrat melaksanakan ibadah korban mereka khusus untuk golongan miskin di …

Sinar Aidilfitri Bersama Orang Asal RPS Air Banun

Sinar Aidilfitri Bersama Orang Asal RPS Air Banun

KG AIR BANUN, GRIK, 23 Jun 2019 – Dalam usaha meneruskan misi menyantuni saudara kita orang Asal, satu program sambutan Aidilfitri telah diadakan bersama-sama dengan penduduk Kampung Air Banun, di sini. Seramai sepuluh orang Relawan HALUAN yang diketuai oleh Dr. Ahmad Ikhwan telah terlibat dalam aktiviti gotong royong penyediaan juadah masakan rendang ayam dan masakan …