fbpx

Sembang Santai Bersama Ibu-ibu Pelajar Projek Edu-Banun

Sembang Santai Bersama Ibu-ibu Pelajar Projek Edu-Banun

Sembang Santai Bersama Ibu-ibu Pelajar Projek Edu-Banun

AIR BANUN, GERIK, 23 Okt 2023 – HALUAN meneruskan kesinambungan pendidikan anak-anak orang asli dengan aktiviti sembang santai bersama kaum ibu Kampung Air Banun di sini, dengan penyertaan pihak pengurusan Sekolah Rendah RPS Air Banun.

Tujuan utama projek Edu-Banun yang diperkenalkan oleh HALUAN sejak 2020 ialah menyantuni dan membimbing kaum ibu untuk bersama-sama menggalakkan anak-anak mereka mendaftar dan hadir ke sekolah yang tidak jauh dari kediaman mereka.

Seramai tiga orang sukarelawan HALUAN yang diketuai Ketua Biro Kebajikan, Encik Abdul Halim Khudri, telah bertolak dari Kulim ke RPS Air Banun untuk memantau perjalanan kelas bimbingan 3M anak-anak orang asli di situ. Kelas bimbingan khas ini telah berjalan selama tiga tahun dan dikendalikan oleh HALUAN dengan dibantu tiga orang fasilitator kalangan orang asli yang dilatih. Projek Edu-Banun dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan galakan kepada anak-anak di sini yang belum mahu ke sekolah dan masih tidak tahu mengeja, mengira atau menulis, untuk maju ke hadapan.

Pemantauan kali ini disertai Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah Air Banun, Cikgu Johari Idris yang menjaminkan kerjasama pihak sekolah dalam menjayakan projek ini. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pihak sekolah sentiasa sanggup menerima pendaftaran anak-anak dari gagasan RPS Air Banun, dan pihak sekolah akan membantu bersama dengan pihak Jabatan Pendaftaran dan JAKOA menyelesaikan masalah dokumentasi mereka.

Ketua program Edu-Banun, Cikgu Dalmataksiah Mohd Zin telah memberi dorongan dan semangat kepada ibu-ibu yang hadir dengan menjelaskan komitmen HALUAN untuk membantu di mana yang perlu sehingga anak-anak kampung di situ berani memasuki alam persekolahan sekaligus membasmikan masalah buta huruf yang tinggi di kalangan mereka.

Penolong Tok Batin, Encik Dalong dalam ucapannya menekankan agar anak-anak buahnya tidak segan menghadiri kelas di bawah Edu-Banun, supaya mereka dapat mencapai kejayaan seperti masyarakat luar yang berjaya. 

Edu-Banun dalam usaha murninya ini memerlukan sumbangan kewangan untuk menyediakan beberapa keperluan asas anak orang asli yang semakin hilang sifat malu mereka itu. Antara projek yang perlu dilaksanakan adalah penyediaan pakaian seragam sekolah tambahan dan peralatan asas murid seperti kasut dan peralatan sekolah. Dana ini penting untuk menjayakan mereka.

Anda boleh mengambil bahagian dengan menderma seikhlas hati secara dalam talian melalui capaian berikut:

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN

Maybank Islamic Berhad

Akaun no. 5622 6350 2611

Rujukan/Recipient Reference: Edu-Banun.

——

Laporan Biro Kebajikan HALUAN