fbpx

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

Dewan Orang Asli Berwajah Baharu

GERIK, PERAK, 6 Ogos 2023 – Dewan orang ramai masyarakat Jahai orang asli Kampung Air Banun di sini berwajah baharu bila mendapat pintu gril besi menggantikan pintu kayu dan bemban yang lama, terima kasih kepada penyumbang HALUAN dan Alumni Sains Kedah (ASSAK77).

Pintu berkenaan dipasang oleh dua sukarelawan HALUAN Pulau Pinang diketuai Ustaz Abdullah Abrar Haron dan dibantu relawan kampung, Encik Sani Dalong. Pintu berkenaan ditempah khas dan dibawa dari Kulim untuk menggantikan pintu lama.

“Struktur pintu lama beridentitikan ciri orang asli, rangkanya daripada kayu, buluh dan dianyam-ikat  dengan bemban. Namun pintu berusia tujuh tahun ini tidak dapat bertahan lama kerana uzur dan sering digunakan. Kerap dewan dicerobohi anjing, kucing dan ayam belaan mereka. Maka kami ambil inisiatif mencari dana dan menempah pintu gril besi yang baharu yang lebih kekal. Kami ambil masa lebih sejam memasangnya dengan betul kerana struktur asal galang pintu juga adalah kayu buatan tangan; tidak tepat ukuran tinggi lebarnya. Terpaksa kami ubahsuai untuk muatkan pintu gril baharu ini,” berkata Ustaz Abrar.

Tok batin kampung, Encik Cheknekleg turut berada di lokasi semasa kerja pemasangan dilakukan. Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada semua penderma yang menyumbang ke arah projek berkenaan.

Anda yang sama-sama ingin membantu kami menaiktaraf kehidupan orang asli di RPS Air Banun ini boleh menyumbangkan derma ihsan anda ke akaun:

HALUAN cawangan Pulau Pinang di Maybank nombor 5572 5506 2982

WhatsApp slip infak anda kepada petugas kami, Encik Abdul Halim Khudri di talian 019 4644 357.

__

Laporan Biro Kebajikan
HALUAN Pulau Pinang