fbpx

Berita

Berita Baik Untuk Pengunjung Sabasun Hyperuncit

Berita Baik Untuk Pengunjung Sabasun Hyperuncit

KUALA TERENGGANU, 2 September 2020 – HALUAN kini menempatkan tabung bantuan kecemasan untuk Lubnan di SABASUN HYPERUNCIT cawangan Gong Badak, Kuala Terengganu dan Ajil, Kuala Berang untuk memudahkan anda untuk turut sama bersedekah. SABASUN HYPERRUNCIT dengan cogan kata ‘harga muroh sokmo’ adalah contoh kejayaan anak tempatan dalam perniagaan runcit, yang hanya bermula dengan lapan orang …

Bantuan Awal Rakyat Malaysia Untuk Lubnan Sudah Disalurkan

Bantuan Awal Rakyat Malaysia Untuk Lubnan Sudah Disalurkan

BANDAR BARU BANGI, 1 September 2020 – HALUAN sudahpun menyalurkan USD12,000 sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa letupan di Beirut dan golongan yang terkesan dengan bantuan rakan kerjasama di sana, Al-Shifaa For Medical & Humanitarian Services. HALUAN dan Al-Shifaa telah menyediakan 25 beg kit pertolongan cemas, membeli kelengkapan perubatan untuk lima ambulan, serta ubat-ubatan dan rawatan …

Dulu…Indahnya Kota Beirut

Dulu…Indahnya Kota Beirut

BEIRUT, 15 Ogos 2020 – Dulu ia dipanggil ‘Kota Paris di Timur Tengah’ kerana keindahannya. Beirut terletak pada kedudukan pertembungan antara Timur dan Barat, justeru ia kaya dengan pelbagai budaya. Ibu kota Lubnan ini memiliki deretan hotel-hotel mewah, apartment moden yang seni binanya dipengaruhi budaya Perancis serta gedung-gedung bertingkat juga restoran mewah di sepanjang susur …

Lubnan Perlu Lebih US$ 8.2 Juta Untuk Krisis Kemanusiaan

Lubnan Perlu Lebih US$ 8.2 Juta Untuk Krisis Kemanusiaan

LUBNAN, 13 Ogos 2020 – Lubnan memerlukan sekurang-kurangnya US$8.2 juta untuk membiayai aktiviti kemanusiaan dalam pelbagai sektor selepas lebih 300,000 rakyatnya terjejas akibat letupan maut di Pelabuhan Beirut, 4 Ogos lalu. Itu anggaran yang dibuat Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), melibatkan pelbagai sektor, antaranya kesihatan (US$4.3 juta), bekalan air bersih (US$1.8 juta), pelajaran (US$1.05 …

HALUANITA WP Putrajaya Santuni Ibu Tunggal

HALUANITA WP Putrajaya Santuni Ibu Tunggal

BANDAR BARU BANGI, 19 Mei 2020 –  Golongan ibu-ibu tunggal B40 yang berada di kawasan bandar adalah di antara golongan yang terjejas teruk pendapatan mereka terutama semasa tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung akibat pandemik COVID-19.  Ini kerana, ramai di kalangan mereka adalah pekerja yang menerima …

Sumbangan Pek Makanan ke PP Rimau Indah

Sumbangan Pek Makanan ke PP Rimau Indah

SHAH ALAM, 21 Mei 2020 – HALUAN cawangan Selangor telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang kumpulan B40 di Pangsapuri Rimau Indah di sini. Sumbangan disampaikan oleh aktivis HALUAN Selangor, Encik Mohd Nasaruddin Abdul Manaf dan Puan Hayati Mahmud, disertai oleh wakil Kelab Siswa HALUAN, Encik Abdul Rahman Ismail. Sumbangan yang berupa pek makanan ini hasil …

HALUAN Pahang Bantu Mangsa Kebakaran

HALUAN Pahang Bantu Mangsa Kebakaran

KUANTAN, 15 Mei 2020 – HALUAN Pahang telah menyantuni mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah kediaman di Kampung Pandan 2 di sini terdiri daripada 15 mangsa; satu keluarga Melayu (8 orang), satu keluarga Rohingya (5 orang) dan satu keluarga Cina (2 orang). HALUAN Pahang telah menyumbang bantuan kepada tiga keluarga tersebut melalui Program Sejuta …

Perutusan Aidilfitri Presiden HALUAN 1441H

Perutusan Aidilfitri Presiden HALUAN 1441H

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah: 185) Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah, keampunan dan rahmat. Semoga latihan Ramadan …

Iftar Untuk Anak-anak Yatim di Filipina

Iftar Untuk Anak-anak Yatim di Filipina

COTABATO, FILIPINA, 21 Mei 2020 – Kempen bantuan kemanusiaan untuk anak-anak yatim di Mindanoa, Filipina telah dapat dijalankan pada saat akhir Ramadan ini walaupun dalam suasana serangan pandemik COVID-19. Bantuan segera itu telah dapat gembleng oleh HALUAN dan dihantar kepada mereka melalui wakil kerajaan Bangsamoro, Mr Nasser G. Gayagay. Bantuan iftar Ramadan telah dberikan kepada …

Travelog – Santunan Orang Asli di Musim Pandemik COVID-19

Travelog – Santunan Orang Asli di Musim Pandemik COVID-19

Destinasi : RPS Air Banun, Gerik, Perak Tarikh: 23 April 2020, Khamis 0830hrs: Ini bukan kali pertama aku menyusuri lebuh raya timur barat menghala ke pantai timur tanah air tercinta. Namun trip kali kedua aku ini khas bersama pasukan HALUAN Pulau Pinang menghala ke hutan Belum terasa sangat kelainannya. Hari ini Khamis. Esok Jumaat 24 …