fbpx

Dulu…Indahnya Kota Beirut

Dulu…Indahnya Kota Beirut

Dulu…Indahnya Kota Beirut

BEIRUT, 15 Ogos 2020 – Dulu ia dipanggil ‘Kota Paris di Timur Tengah’ kerana keindahannya. Beirut terletak pada kedudukan pertembungan antara Timur dan Barat, justeru ia kaya dengan pelbagai budaya.

Ibu kota Lubnan ini memiliki deretan hotel-hotel mewah, apartment moden yang seni binanya dipengaruhi budaya Perancis serta gedung-gedung bertingkat juga restoran mewah di sepanjang susur jalan.

Ia menjadikan kota itu benar-benar berbeza dari negara-negara Arab yang lain.

Beirut juga memiliki pemandangan dan pesisir laut yang cantik dan tentunya menambat hati pengunjung yang datang. 

Namun 4 Ogos lalu, semuanya musnah sekelip mata, dalam satu tragedi letupan gas ammonium nitrat di Pelabuhan Beirut.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 170 orang terkorban, puluhan masih hilang sementara lebih 5,000 tercedera. Manakala, lebih 300,000 orang musnahtempat tinggal mereka.

PELABUHAN BEIRUT PILIHAN SYARIKAT PERKAPALAN BESAR DI DUNIA

Pelabuhan Beirut yang terletak di pantai Mediterranean adalah pelabuhan terpilih yang tersibuk di Laut Timur, menjadikan ia nadi ekonomi Lubnan.

Pelabuhan ini terletak di titik persimpangan benua Asia dan Afrika yang menghubungkan Laut Tengah dengan Timur Tengah, selain menjadi ‘jambatan’ antara Jordan, Arab Saudi, Iraq juga negara-negara Teluk dengan Laut Tengah.

Pelabuhan ini dilaporkan mengandungi 12 gudang dan mampu menempatkan 1.2  juta TEU kontena sepanjang tahun.

Keluasan pelabuhan yang menjadi pilihan banyak syarikat besar di dunia itu mencatatkan angka 1.2 juta meter persegi dan panjang dermaga keseluruhannya menjangkau 5, 655 meter.

Kini pelabuhan itu musnah dan ledakan itu menghasilkan kawah seluas 200 meter yang dipenuhi air laut.

Bukan sahaja pelabuhan, kawasan sekitarnya musnah teruk termasuk rumah penduduk yang begitu padat.

LUMPUH BEIRUT BERMAKNA LUMPUHLAH LUBNAN

Lubnan – sebuah negara kecil yang berjiwa besar apabila membuka pintu kepada pelarian Palestin, Syria, Sudan dan Iraq. Sudah tentu… tatkala Lubnan pula ditimpa musibah, dunia harus membantu; termasuk Malaysia.

Atas kesedaran itu, HALUAN sedang menjalankan misi mengumpul RM200,000 untuk dihantar ke bumi Lubnan dengan memfokuskan bantuan berupa ubat-ubatan pertolongan cemas dan keperluan perubatan kepada mangsa yang memerlukan.

Ayuh rakyat Malaysia…menyumbang bersama HALUAN.

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan Zeanaaima Mohd Yusof