fbpx

Sumbangan Pek Makanan ke PP Rimau Indah

Sumbangan Pek Makanan ke PP Rimau Indah

Sumbangan Pek Makanan ke PP Rimau Indah

SHAH ALAM, 21 Mei 2020 – HALUAN cawangan Selangor telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang kumpulan B40 di Pangsapuri Rimau Indah di sini.

Sumbangan disampaikan oleh aktivis HALUAN Selangor, Encik Mohd Nasaruddin Abdul Manaf dan Puan Hayati Mahmud, disertai oleh wakil Kelab Siswa HALUAN, Encik Abdul Rahman Ismail.

Sumbangan yang berupa pek makanan ini hasil daripada sumbangan orang ramai melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan yang telah dilancarkan oleh HALUAN April lepas. Terima kasih kepada semua penderma.


Laporan Amirul Anuar Azman, mediaHALUAN Selangor.