fbpx

Bantuan Awal Rakyat Malaysia Untuk Lubnan Sudah Disalurkan

Bantuan Awal Rakyat Malaysia Untuk Lubnan Sudah Disalurkan

Bantuan Awal Rakyat Malaysia Untuk Lubnan Sudah Disalurkan

BANDAR BARU BANGI, 1 September 2020 – HALUAN sudahpun menyalurkan USD12,000 sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa letupan di Beirut dan golongan yang terkesan dengan bantuan rakan kerjasama di sana, Al-Shifaa For Medical & Humanitarian Services.

HALUAN dan Al-Shifaa telah menyediakan 25 beg kit pertolongan cemas, membeli kelengkapan perubatan untuk lima ambulan, serta ubat-ubatan dan rawatan kepada pesakit yang memerlukan. 

Al-Shifaa yang diasaskan sejak 2008 merupakan NGO bantuan perubatan dan kesihatan yang diuruskan oleh pelarian Palestin yang menetap di Lubnan. 

NGO ini turut menyantuni pelarian Syria yang menumpang teduh di bumi Lubnan seperti mereka.

Al-Shifaa juga adalah antara NGO yang telah membantu mangsa-mangsa letupan Pelabuhan Beirut sejak dari awal lagi. 

Bahkan usaha dan keprihatinan mereka terhadap mangsa-mangsa letupan Beirut telah mendapat liputan daripada pelbagai pihak.

Sumbangan anda, rakyat Malaysia, sedikit sebanyak telah mengurangkan kesukaran yang dialami oleh warga Beirut.

Teruskan menyumbang secara online bersama HALUAN di:-

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Atau hulurkan sumbangan anda ke:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamic
5622 6350 2611

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: http://wasap.my/601156753492/BantuanKecemasanLubnan

Ayuh rakyat Malaysia…menyumbang bersama HALUAN.


Laporan Abu Bakr Mohd Sidek