fbpx

HALUAN Pahang Bantu Mangsa Kebakaran

HALUAN Pahang Bantu Mangsa Kebakaran

HALUAN Pahang Bantu Mangsa Kebakaran

KUANTAN, 15 Mei 2020 – HALUAN Pahang telah menyantuni mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah kediaman di Kampung Pandan 2 di sini terdiri daripada 15 mangsa; satu keluarga Melayu (8 orang), satu keluarga Rohingya (5 orang) dan satu keluarga Cina (2 orang).

HALUAN Pahang telah menyumbang bantuan kepada tiga keluarga tersebut melalui Program Sejuta Barakah Ramadan yang sedang berjalan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini. Ini dibuat dengan harapan dapat mengurangkan penderitaan dan bebanan mangsa lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan menjelang hari raya tidak lama lagi.

Delegasi HALUAN Pahang disertai oleh YDP, Dr. Mohd Shafie Bakar, Naib YDP2, Encik Abdullah Zawawi Hassan dan Ketua Biro Kebajikan, Encik Jamaludin Sallim. Mereka telah membuat tinjauan di lokasi kebakaran dan menyantuni keluarga mangsa terlibat yang menumpang sementara di balai raya Kampung Pandan 2. Delegasi tersebut telah diberi taklimat oleh Ketua Kampung Pandan 2, Encik Radzi Ahmad serta beberapa anggota RELA yang bertugas.

Tinjauan dan lawatan ini diakhiri dengan penyerahan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai kepada keluarga mangsa oleh Encik Abdullah Zawawi. Semoga sumbangan infak daripada ahli-ahli HALUAN dan penderma lain seluruh negara melalui Program Sejuta Barakah Ramadan ini dapat dimanfaatkan untuk masyarakat yang amat memerlukan dalam dan luar negara.


Laporan oleh Jamaludin Sallim, Biro Kebajikan, HALUAN Pahang