fbpx

Tahniah Penyumbang & Penyokong #SejutaBarakahRamadan

Tahniah Penyumbang & Penyokong #SejutaBarakahRamadan

Tahniah Penyumbang & Penyokong #SejutaBarakahRamadan

Taqabbalallahu Minna wa minkum. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.

Tahniah kepada para penyumbang dan penyokong kempen Sejuta Barakah Ramadan.

Kempen ini ditutup secara rasmi pada hari ini.

Semoga ia akan membekas di dalam catatan amalan kita semua. Semoga keikhlasan para penyumbang akan setia bersama mereka sehingga bertemu Allah.

“Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Capaian lebih 80 peratus dari sasaran ini adalah kayu ukur kesungguhan kita dalam bekerja dan menyumbang. Ia adalah satu petanda yang baik, walaupun kita dalam fasa ujian Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia namun masih ada belas dan ihsan kita terhadap saudara yang lain.

Akhir kalam kami mengucapkan,
Jazakumullahu Khairan Kathira.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi.
Jika ada lain peluang,
Sudilah bersama kami menyumbang bakti.

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my