fbpx

Iftar Untuk Anak-anak Yatim di Filipina

Iftar Untuk Anak-anak Yatim di Filipina

Iftar Untuk Anak-anak Yatim di Filipina

COTABATO, FILIPINA, 21 Mei 2020 – Kempen bantuan kemanusiaan untuk anak-anak yatim di Mindanoa, Filipina telah dapat dijalankan pada saat akhir Ramadan ini walaupun dalam suasana serangan pandemik COVID-19.

Bantuan segera itu telah dapat gembleng oleh HALUAN dan dihantar kepada mereka melalui wakil kerajaan Bangsamoro, Mr Nasser G. Gayagay.

Bantuan iftar Ramadan telah dberikan kepada tiga buah pusat anak yatim di Cotabato, Mindanoa iaitu:

  1. Markads Tori Yateem Center (Boys) Poblacion, Pikit, Cotabato
  2. Markads Monera Yateem (Boys and Girls), Fort, Pikit,Cotabato
  3. Ummul Fad’l Yateem Center (Baby girl), Fort, Pikit, Cotabato.

Kesemua anak yatim itu sangat gembira menerima juadah yang dimasak oleh wakil HALUAN walaupun tidak seistimewa seperti tahun-tahun lepas, berkata En. Mohd Jamil Muda, Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN. Semoga sumbangan dari penderma kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf ini akan dapat meringankan sedikit bebanan pusat penjagaan mereka.

Sumbangan ini memberi keyakinan kepada penghuni pusat tersebut bahawa mereka tetap mempunyai saudara seakidah yang masih cakna akan nasib mereka. Nama Malaysia tetap menjadi sebutan di mulut mereka sebagai negara yang mempunyai penduduk yang bersifat pemurah.

Semoga Allah SWT memberkati segala sumbangan rakyat Malaysia kepada golongan yang memerlukan di Filipina.


Laporan Biro Misi Kemanusiaan HALUAN