fbpx

Berita Baik Untuk Pengunjung Sabasun Hyperuncit

Berita Baik Untuk Pengunjung Sabasun Hyperuncit

Berita Baik Untuk Pengunjung Sabasun Hyperuncit

KUALA TERENGGANU, 2 September 2020 – HALUAN kini menempatkan tabung bantuan kecemasan untuk Lubnan di SABASUN HYPERUNCIT cawangan Gong Badak, Kuala Terengganu dan Ajil, Kuala Berang untuk memudahkan anda untuk turut sama bersedekah.

SABASUN HYPERRUNCIT dengan cogan kata ‘harga muroh sokmo’ adalah contoh kejayaan anak tempatan dalam perniagaan runcit, yang hanya bermula dengan lapan orang pekerja dan kini mampu menggaji lebih 400 orang pekerja di lima cawangannya.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama membantu ratusan ribu saudara kita di Lubnan yang baru sahaja kehilangan tempat tinggal, akibat ledakan maut gas ammonium nitrat, 4 Ogos lalu.

Letupan itu menghancurkan bangunan, pasaraya, kediaman, dan prasarana awam yang berada di sekitarnya.

Bayangkan… nasib yang menimpa lebih 80,000 kanak-kanak yang terpaksa menahan lapar, dahaga dan hidup dalam ketakutan akibat tragedi berdarah itu.

Sesungguhnya besar syafaat kepada mereka yang bersedekah. Mudah-mudahan sedekah yang sedikit itu membantu kita di alam sana, kelak…Amin.

Bantuan boleh dibuat secara online bersama HALUAN di:-

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Atau hulurkan sumbangan anda ke:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamic – 5622 6350 2611

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: http://wasap.my/601156753492/BantuanKecemasanLubnan

Ayuh rakyat Malaysia…menyumbang bersama HALUAN.


Laporan Zeanaaima Mohd Yusof