fbpx

Ayuh Berlumba Kumpul Pahala di Muharram Ini

Ayuh Berlumba Kumpul Pahala di Muharram Ini

Ayuh Berlumba Kumpul Pahala di Muharram Ini

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2020 – Lubnan sebuah negara kecil yang masih membuka pintu kepada pelarian Syria, Palestin, Iraq dan negara-negara lain untuk menumpang teduh.

Data UNHCR atau Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian menunjukkan jumlah pelarian Syria di Lubnan adalah seramai 1.5 juta orang manakala pelarian dari Palestin menjangkau 200,000 orang. Pelarian dari Ethiopia, Iraq, Sudan dan negara-negara lain mencatatkan angka 18,500 orang.

Begitulah besarnya jiwa sebuah negara kecil menyantuni pelarian yang bernasib malang sehinggakan mendapat jolokan ‘Bumi Teduhan Pelarian’.

Pun begitu, Lubnan sendiri bergelut dengan konflik politik dan krisis kewangan yang parah selain berdepan dengan masalah COVID-19 dan hubungan antara masyarakat serta kestabilan sosial yang goyah, akibat jumlah pelarian yang ramai ke negaranya.

Namun Lubnan masih berlapang dada dengan keputusannya terus membuka pintu untuk pelarian-pelarian itu.

Lubnan juga amat memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang mahu memasuki negaranya bagi memberikan bantuan kepada pelarian di sana, termasuk HALUAN.

Wakil HALUAN sendiri sudah memijak kaki di bumi Lubnan beberapa kali untuk menyampaikan amanah serta bantuan rakyat Malaysia kepada pelarian-pelarian di sana.

MALANG TIDAK BERBAU

Tanpa apa-apa amaran, Lubnan yang sememangnya miskin tiba-tiba ditimpa musibah lebih besar selepas pelabuhan kebanggaannya, Pelabuhan Beirut, musnah teruk dalam satu ledakan gas ammonium nitrat 4 Ogos lalu.

Kesan ledakan itu turut memusnahkan bangunan, kediaman, pasaraya, dan infrastruktur penting awam sejauh dua kilometer dari pelabuhan itu.

Pusat GeoSains Jerman memberitahu kekuatan gegaran menghampiri bacaan 3.5 skala Richter dan boleh dirasai sehingga ke Kepulauan Cyprus, 200 kilometer merentasi Lautan Mediterranean. Kawah ledakan sahaja berukuran diameter 200 meter luasnya.

Sehingga kini lebih 170 maut, lebih 5,000 orang cedera manakala lebih 300,000 orang hilang tempat tinggal.

AYUH BANTU LUBNAN

Lubnan tidak pernah meminta apa-apa ganjaran ketika menerima kebanjiran pelarian ke negaranya. Tidak juga Lubnan menghalang, jika ada pihak mahu menyantuni pelarian yang beratus ribu bilangannya.

Justeru, ketika Lubnan ditimpa musibah sebegini, sudah menjadi tanggungjawab kita saudara seagama untuk membantu mereka.

Atas dasar itu, HALUAN kini menggerakkan misi bantuan kecemasan — mengutip dana RM200,000 — untuk dihantar ke Lubnan. HALUAN fokus kepada ubat-ubatan pertolongan cemas dan keperluan perubatan lain serta pek makanan asas kepada mangsa yang memerlukan.

Ayuh berlumba kumpul pahala di Muharram ini.

Bantuan boleh dibuat secara online bersama HALUAN di:-

Rayuan Bantuan Kecemasan Untuk Lubnan

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Atau hulurkan sumbangan anda ke:

Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamic
5622 6350 2611

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: http://wasap.my/601156753492/BantuanKecemasanLubnan

Ayuh rakyat Malaysia…menyumbang bersama HALUAN.


Laporan oleh Zeanaaima Mohd Yusof