fbpx

Berita

Berkayak Melebarkan Ukhuwah

Berkayak Melebarkan Ukhuwah

TELUK KUMBAR, PULAU PINANG, 28 Mac 2012 -– Seramai 100 orang ahli HALUAN Cawangan Pulau Pinang bersama masyarakat setempat telah menjayakan program ‘Ayuh Berkayak’ di Pusat Sukan Air Teluk Kumbar. Program yang dianjurkan oleh HALUAN Malaysia Cawangan Pulau Pinang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim bersama masyarakat setempat. Aktiviti berkayak ini turut disertai oleh 20 orang …

Siswi HALUAN Menang Anugerah Terbaik di Mesir

Siswi HALUAN Menang Anugerah Terbaik di Mesir

TANTA, MESIR 21 Mac 2012 – Seorang pelajar Malaysia telah menerima hadiah kajian terbaik daripada Jabatan Penyakit Tropikal dan Jangkitan (Tropical Disease and Infection Department) Universiti Tanta, Mesir dalam satu majlis penghargaan 13 Mac yang lalu. Nurulhusna Ahmad Sani, pelajar tahun akhir jurusan Perubatan Am, adalah satu-satunya pelajar Malaysia yang menerima hadiah penghargaan itu bersama …

Bowling Persahabatan Meningkatkan Ukhuwah

Bowling Persahabatan Meningkatkan Ukhuwah

JITRA, 20 Mac 2012 – Seorang yang bijak akan menggunakan semua kesempatan yang ada di sekelilingnya untuk manfaat yang lebih besar. Kesempatan ahli-ahli Kelab Siswa HALUAN (HALUAN Siswa) di sekitar Alor Setar untuk menganjurkan satu perlawanan bowling persahabatan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan ukhuwah di samping membuka ruang aktiviti riadhah alternatif yang dapat menjaga kesihatan tubuh …

Salam Perantauan dari Bumi Shamrock

Salam Perantauan dari Bumi Shamrock

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, saya doakan para pembaca sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoret sedikit perkongsian sepanjang jelajah ilmu dan tarbiah saya di negara orang. Sebuah negara yang jaraknya lebih kurang 13 jam perjalanan dengan kapal terbang dan kurang lapan jam daripada waktu di Malaysia, …

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

SHAH ALAM, 18 Mac 2012 -– Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 (SKEMA XI) telah berjaya menarik penyertaan seramai 305 orang peserta dari insitusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang. Program ini telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Sesuai dengan temanya “Mahasiswa Dinamik Menjana Keperibadian Pemimpin” SKEMA XI menonjolkan perbincangan-perbincangan …

GSS Akan Terus Tentang Kekejaman Di Syria

GSS Akan Terus Tentang Kekejaman Di Syria

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2012 — Episod kekejaman dan pembunuhan di Syria terus mendapat perhatian dan tentangan daripada masyarakat dunia. Seiring dengan “Global March For Syria’ yang berlangsung serentak di seluruh dunia menandakan usia setahun kekejaman terbaru di negara tersebut, anggota-anggota 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gabungan Selamatkan Syria (GSS) bersama-sama orang awam, …

Janji Anak Soleh – KASeH 6

Janji Anak Soleh – KASeH 6

PASIR PUTEH, 15 Mac – Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan Kem Anak Soleh (KASeH) kali ke-6 dari 12hb hingga 14hb Mac 2012 baru lalu di Kem Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh. Seramai 60 orang peserta dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai kem ini. Seramai 40 orang tenaga urusetia dan fasilitator daripada kalangan ahli …

Ayyoub dibunuh sebelum sempat menyuap sarapannya

Ayyoub dibunuh sebelum sempat menyuap sarapannya

Dalam keadaan penuh kesedihan, kepedihan dan basahan airmata bak titisan air hujan, Um Muhammad Useila, 48 tahun, membawa bersamanya sebuah beg sekolah dan beberapa buah buku sambil bertanya, “Apakah pengganas-pengganas Israel yang membunuh anak saya, sebahagian daripada jantung dan hati saya, akan melalui proses keadilan? Atau mereka akan berterusan dengan jenayah ini tanpa hukuman sepertimana …

Anak-Anak Palestin Trauma Akibat Seksaan di Penjara Israel

Anak-Anak Palestin Trauma Akibat Seksaan di Penjara Israel

Gaza, 16 Mac – Tahukan kita pada saat ini situasi psikologi anak-anak Palestin semakin membimbangkan. Laporan oleh “Save the Children” mengatakan, dari ratusan anak-anak Palestin yang dipenjara setiap tahun, sebahagian besar menderita mimpi buruk, ketakutan dan mengalami trauma setelah mereka dibebaskan. Organisasi amal tersebut mengatakan, sejak tahun 2000, tentera Israel menahan lebih dari 8,000 anak-anak …