fbpx

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

SHAH ALAM, 18 Mac 2012 -– Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 (SKEMA XI) telah berjaya menarik penyertaan seramai 305 orang peserta dari insitusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang. Program ini telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Sesuai dengan temanya “Mahasiswa Dinamik Menjana Keperibadian Pemimpin” SKEMA XI menonjolkan perbincangan-perbincangan bagi menganjak jiwa, minda dan tenaga para peserta sebagai persiapan untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Untuk tujuan itu, Kelab Siswa HALUAN (HALUAN Siswa) sebagai pihak penganjur telah menggariskan tiga objektif utama yang ingin dicapai daripada SKEMA XI, iaitu untuk melahirkan para mahasiswa yang mengambil berat tentang isu-isu kemasyarakatan, memiliki sifat-sifat kepimpinan dan sedia berbakti, dan berdaya inovatif dalam mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kemasyarakatan.

Seorang motivator dari LangitIlahi.com yang semakin menjadi pujaan remaja, En Azmi Bahari telah membuka tirai SKEMA XI dengan satu perbincangan yang mengetuk perasaan dan menitiskan air mata para pendengarnya. Melalui tajuk ”Cinta dan Cita-cita’, beliau berjaya menarik pengamatan remaja-remaja tentang hakikat percintaan yang sebenar dan bagaimana ia dapat membantu seseorang mahasiswa berjaya dalam mengapai cita-cita.

SKEMA XI turut menampilkan perbincangan tentang bagaimana untuk mengorak halatuju yang jelas bagi seseorang mahasiswa. Profesor Madya Dr Khairiyah binti Yusof, seorang ahli jawatankuasa Biro Pengajian Tinggi HALUAN yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM,) telah menggariskan halatuju yang sepatutnya ada pada setiap mahasiswa beserta ciri-ciri yang perlu mereka miliki bagi mencapai halatuju tersebut.

Forum bertajuk ”Menyalakan Kembali Obor Api yang Terpadam” mengukuhkan lagi anjakan diri para peserta dengan perbincangan mengenai prioriti dalam kehidupan seseorang mahasiswa dan kepentingan mereka dalam membantu pengislahan dan dakwah kepada masyarakat. Ahli-ahli panel yang berhujah terdiri daripada En Azmi Bahari, Saudara Huzaifah Mahmud iaitu Presiden Kelab Sahabat Masjid UPNM, dan juga Saudari Amnani Abdullah Akhili. Dalam hujah beliau, En Azmi Bahari telah menerangkan tentang kepentingan para pemuda dalam kebangkitan Islam. Sambil menceritakan kisah-kisah masyarakat Islam yang semakin tertindas, beliau menyeru, ”masa muda haruslah digunakan untuk membantu masyarakat mengenal Islam yang sebenar.”

Semoga SKEMA kali ini telah berjaya membawa para peserta kepada halatuju yang jelas dan betul.


Berita disediakan oleh: Saiful Islam Izraei