Posts by: admin

HALUAN dan Media Lawati Kem Zarqa

HALUAN dan Media Lawati Kem Zarqa

ZARQA, JORDAN 13 Apr 2016 – Pasukan misi kemanusiaan Warmth For Syria bersama krew penggambaran program HAJAT Astro Prima hari ini menziarahi salah satu penempatan pelarian Syria di Sakan Karomah di Zarqa tidak jauh dari Amman, ibukota Jordan. Menurut pengurus kem, Abu Umar, penempatan ini telah berpindah dari kawasan asalnya pada pertengahan tahun 2014. Ia …

Relawan HALUAN Dibebaskan Imigresen Jordan

Relawan HALUAN Dibebaskan Imigresen Jordan

AMMAN, JORDAN 15 Apr 2016 – Penyaringan keselamatan yang ketat oleh pihak keselamatan Jordan menyebabkan salah seorang petugas HALUAN ditahan oleh pihak imigresen negara itu sejurus ketibaan pasukan kemanusiaan tersebut di Lapangan Terbang Queen Alia pada 12.30 malam 14 April lepas. Muhammad Shakir Sabarudin, yang juga Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan (BMK) HALUAN ditahan lebih …

Semerbak Sambutan MEKAR 2016

Semerbak Sambutan MEKAR 2016

TEWKESBURY, UK, 7 Apr 2016 — HALUAN UK-EIRE dengan jayanya telah melabuhkan tirai program berkala musim bunga iaitu program MEKAR 2016 yang kali ini dihadiri lebih 60 peserta dari sekitar United Kingdom dan Ireland. Slogan “Hamba Terdidik, Cinta Terpelihara” telah dipilih sebagai tema MEKAR kali ini dalam misi menguatkan hubungan ukhuwah di antara peserta serta …

HALUAN Terima Dana Selangor Humanitarian Fund

HALUAN Terima Dana Selangor Humanitarian Fund

SHAH ALAM, 1 Apr 2016 – HALUAN adalah di antara lapan NGO Islam yang menerima dana daripada Tabung Kemanusiaan “Selangor Humanitarian Fund” pada 29 Februari lepas di Dataran Sakinah, Bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majilis penyerahan selain HALUAN turut disertai oleh IRM, Yayasan Amal, MAPIM, Cakna Palestin, MyCARE, Aman Palestin dan Muslim Care. Pengerusi …

Aksi Sengit Timbal Balik Selangor vs. Putrajaya

Aksi Sengit Timbal Balik Selangor vs. Putrajaya

CHERAS, 27 Mac 2016 – Perlawanan kelima Liga Bola Sepak HALUAN Wilayah Tengah telah berlangsung seminggu awal daripada tarikh yang dijadualkan, di mana pasukan Selangor menerima kunjungan pasukan Putrajaya bertempat di Padang Bola Sepak Seri Melaka, Cheras. Perlawanan timbal balik ini di antara Selangor berjersi merah yang menerima kunjungan Putrajaya berjersi hijau. Perlawanan berlangsung secara …

Active Learning – The Future of Education

Active Learning – The Future of Education

BANDAR BARU BANGI, 20 Mar, 2016 – When the term “Active Learning” comes to mind, most of us will quickly relate it to the word ‘engagement’, ‘discussion’ or we would describe what it isn’t: passive learning. Those are fine places to begin with, but in need of deeper exploration, experts on active learning methods from …

Makan Lemak Tidak Menggemukkan?

Makan Lemak Tidak Menggemukkan?

SHAH ALAM, 8 Mac 2016 – ‘Eating Fat Does Not Make You Fat’, begitulah tajuk mengejutkan ceramah kesihatan anjuran Unit Riadah Biro Haluanita Cawangan Selangor 6 Mac lepas. Ia bermaksud memakan lemak tidak menggemukkan anda. Program Ceramah Kesihatan dan Aktiviti Kecergasan itu bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ibn Khaldun dekat sini. Program terbuka secara percuma …

Ahli HALUAN Bantu Urus Dapur Kem Pelarian Calais

Ahli HALUAN Bantu Urus Dapur Kem Pelarian Calais

CALAIS, PERANCIS, 6 Mac 2016 — Dua orang ahli HALUAN telah menjadi sukarelawan di Kem Pelarian Calais (Jungle) di sini untuk menguruskan dapur kebajikan, Kitchen In Calais, yang menyediakan makanan panas untuk para pelarian Syria dan Palestin. Mereka adalah Encik Muhammad Izzat Ibrahim Shamjuddin dan Encik Ahmad Hussein Abdullah Azzam. Encik Hussein berkhidmat dari 9 …

HALUAN Santuni Masyarakat Rohingya

HALUAN Santuni Masyarakat Rohingya

BANDAR BARU BANGI, 5 Mac 2016 — Sehingga akhir Ogos 2015, ada lebih 150,000 pelarian di Malaysia yang berasal dari negara-negara yang bergolak seperti Myanmar, Syria dan Palestin. Menurut sumber UNCHR Malaysia, hampir 140,000 mereka berasal dari Myanmar dengan etnik Rohingya Muslim dari wilayah Arakan atau Rakhine yang paling ramai. Krisis kemanusiaan berpunca daripada penafian …

Kuala Lumpur Berkongsi Mata Bertemu Putrajaya

Kuala Lumpur Berkongsi Mata Bertemu Putrajaya

SUNGAI BULOH, 20 Feb 2016 – Perlawanan ketiga Liga Bola Sepak HALUAN Wilayah Tengah telah berlangsung awal sehari dari tarikh yang dijadualkan, di mana pasukan Kuala Lumpur menerima kunjungan pasukan Putrajaya bertempat di Pusat Sukan Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor. Perlawanan pertama dengan sepak mula tepat jam 8:30 pagi adalah di antara Kuala Lumpur berjersi …