fbpx

HALUAN dan Media Lawati Kem Zarqa

HALUAN dan Media Lawati Kem Zarqa

HALUAN dan Media Lawati Kem Zarqa

ZARQA, JORDAN 13 Apr 2016 – Pasukan misi kemanusiaan Warmth For Syria bersama krew penggambaran program HAJAT Astro Prima hari ini menziarahi salah satu penempatan pelarian Syria di Sakan Karomah di Zarqa tidak jauh dari Amman, ibukota Jordan.

Menurut pengurus kem, Abu Umar, penempatan ini telah berpindah dari kawasan asalnya pada pertengahan tahun 2014. Ia diuruskan bersama oleh NGO Insani dari Kuwait dan ICCS dari Jordan, menempatkan lebih 400 pelarian iaitu 184 lelaki dan 198 wanita serta sebilangan kanak-kanak daripada 51 buah keluarga pelarian Syria. Terdapat 10 ‎blok (51 bilik) bagi menempatkan kesemua keluarga tersebut.

HALUAN sejak 2011 telah menjalankan bantuan kemanusian pelarian Syria dengan membantu daripada segi barang makanan, pakaian musim sejuk, alat pemanas dan juga ubat-ubatan untuk rawatan kesihatan. Sebuah klinik rawatan telah dimulakan pada tahun 2012 dengan kerjasama UTeM, ICCS dan HALUAN di kem penempatan tersebut. Kedatangan kali ini menyaksikan HALUAN menyalurkan lebih banyak bantuan khususnya ubatan dan peralatan untuk keperluan klinik.

Di klinik berkenaan, kami telah menemui Dr Adnan yang juga seorang pelarian Syria yang bertugas sebagai pengurus dan doktor klinik. Menurut beliau setiap hari di antara 15-20 pesakit menerima rawatan terutamanya kanak-kanak kerana demam selsema dan batuk. Pesakit dewasa pula kebanyakannya menerima rawatan penyakit kronik seperti diabetis, hipertensi dan gastrik.

Di penempatan yang sama juga diujudkan kelas pendidikan yang terdiri daripada kelas tadika dan pengajian Al-Quran serta hadith untuk lelaki dan wanita dewasa. Para sukarelawan dan krew sempat beramah mesra dengan anak-anak pelarian yang sedang belajar di kelas tadika tersebut. Ada dikalangan mereka anak yatim yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat perang saudara yang dilancarkan oleh puak syiah di Syria. Dari riak wajah-wajah mereka terpancar keceriaan semasa kedatangan kami walaupun jauh di sudut hati mereka ada kesedihan kerana kehilangan orang yang dikasihi dan berada jauh dari tanah air sendiri.

Misi kali ini dilancarkan bersama krew Astro Prima dan wartawan Sinar Harian yang membuat rakaman penggambaran program HAJAT ini serta liputan berita untuk siaran di Malaysia. HALUAN mengharapkan penglibatan media umum ini akan membantu meningkatkan keprihatinan serta sumbangan masyarakat Malaysia terhadap aktiviti kemanusiaan yang kami telah jalankan sekian lama untuk lebih 1.6 juta pelarian Syria di Jordan.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:

✔Hotline: +601114193929 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Email: info@haluan.org.my


Sumbangan ikhlas tuan-puan kepada mereka yang memerlukan boleh disumbangkan melalui:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

*Sila emel slip/resit sumbangan [Warmth4Syria] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Semoga sumbangan anda dirahmati Allah SWT.


Laporan Dr Baharudin Suri, Jordan