fbpx

Aksi Sengit Timbal Balik Selangor vs. Putrajaya

Aksi Sengit Timbal Balik Selangor vs. Putrajaya

Aksi Sengit Timbal Balik Selangor vs. Putrajaya

CHERAS, 27 Mac 2016 – Perlawanan kelima Liga Bola Sepak HALUAN Wilayah Tengah telah berlangsung seminggu awal daripada tarikh yang dijadualkan, di mana pasukan Selangor menerima kunjungan pasukan Putrajaya bertempat di Padang Bola Sepak Seri Melaka, Cheras.

Perlawanan timbal balik ini di antara Selangor berjersi merah yang menerima kunjungan Putrajaya berjersi hijau. Perlawanan berlangsung secara tiga kali separuh masa, setiap separuh masa selama 30 minit. Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan menunjukkan serangan balas yang sengit dengan kesudahan jaringan pembukaan awal perlawanan oleh Abdul Rahman Ismail pada minit ke 10 daripada pasukan Putrajaya.

Pada separuh masa kedua, pertukaran pemain dan strategi setiap pasukan turut mengubah rentak permainan menjadikannya bertambah sengit. Pasukan Putrajaya menambahkan lagi bilangan jaringan disempurnakan oleh Yasir Jesmi menerusi sepakan percuma dari luar kotak pada minit ke 42.

Masuk separuh masa ketiga sekali lagi pertukaran strategi menyaksikan asakan serangan balas daripada pasukan Selangor. Namun pada minit ke 58 jaringan oleh Zakwan Nik Mutasim daripada pasukan Putrajaya menjarakkan lagi kedudukan jaringan gol. Usaha pasukan Selangor membuahkan hasil apabila gol tandukan oleh Usayri Zin pada minit ke 61 berjaya merapatkan jaringan gol. Tiupan wisel tamat perlawanan dengan kesudahan Selangor satu gol, manakala Putrajaya tiga gol. Ia memberikan tiga mata kemenangan kedua kepada pasukan Putrajaya.

Perlawanan timbal balik antara pasukan Kuala Lumpur yang bakal menerima kunjungan pasukan Selangor dijadualkan pada 17 April nanti, yang juga merupakan perlawanan terakhir liga, akan berlangsung di Stadium UIAM Gombak.

Keputusan semasa keseluruhan Liga Bola Sepak WT, pasukan Putrajaya mendahului dengan jumlah kutipan tujuh mata, diikuti pasukan Kuala Lumpur turun ke tangga kedua dengan empat mata, manakala pasukan Selangor berbekalkan tiga mata masih berbaki satu perlawanan bersama Kuala Lumpur meneruskan kempen liga Wilayah Tengah.


Laporan Muhammad Nabil Jamalludin, Biro Sukan & Rekreasi