fbpx

HALUAN Terima Dana Selangor Humanitarian Fund

HALUAN Terima Dana Selangor Humanitarian Fund

HALUAN Terima Dana Selangor Humanitarian Fund

SHAH ALAM, 1 Apr 2016 – HALUAN adalah di antara lapan NGO Islam yang menerima dana daripada Tabung Kemanusiaan “Selangor Humanitarian Fund” pada 29 Februari lepas di Dataran Sakinah, Bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majilis penyerahan selain HALUAN turut disertai oleh IRM, Yayasan Amal, MAPIM, Cakna Palestin, MyCARE, Aman Palestin dan Muslim Care. Pengerusi Selangor Humanitarian Fund, Encik Muhammad Razin Che Mud dari MUNSYID Malaysia dan setiausaha Puan Siti Ruzita Ramli dari Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) telah bersama-sama dengan JAIS untuk menganjurkan program ini.

Ucapan perasmian dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Kemudian para hadirin dipertontonkan montaj Selangor Humanitarian Fund. Para hadirin terpegun dengan montaj tersebut yang merangkumi objektif penubuhan tabung tersebut. Sesudah itu adalah penyerahan replika cek kepada setiap NGO yang terlibat. HALUAN diwakili Timbalan YDP HALUAN Cawangan Selangor, Encik Nor Hasbullah Omar yang menerima replika cek daripada Dato’ Dr Ahmad Yunus. Setiap NGO yang terlibat mendapat sumbangan sebanyak RM44,000 hasil daripada kutipan semasa program Pray4Gaza dalam bulan Ramadhan 2014 dan disusuli dengan kutipan di masjid-masjid di bawah kendalian MAIS. Sumbangan tersebut dikhaskan untuk saudara kita di Palestin. Program tersebut disudahi dengan bacaan doa oleh wakil JAIS.

Bersama itu juga beberapa booth telah dibuka bagi memeriahkan lagi majlis tersebut termasuk dari HALUAN, MyCARE, MAPIM, Islamic Realif Malaysia dan Cakna Palestin.


Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari, Setiausaha Kerja, Biro HALUAN Palestin