Posts by: admin

HALUAN Ke Jordan Bantu Pelarian Syria

HALUAN Ke Jordan Bantu Pelarian Syria

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2012 — Puluhan ribu rakyat Syria termasuk mereka yang tercedera terpaksa lari meninggalkan tanahair demi mendapatkan perlindungan dan bantuan. Mereka yang berpeluang melarikan diri daripada kekejaman dan pembunuhan yang sedang berlaku di Syria terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran seperti Turki, Lubnan dan Jordan. Di Jordan sahaja terdapat sekitar 85,000 orang …

Asrama HALUAN Penyayang

Asrama HALUAN Penyayang

Asrama HALUAN Penyayang (AHP) telah ditubuhkan oleh Biro Kebajikan HALUAN pada bulan Januari 2006. Asrama ini beroperasi di Kompleks Darul Miftah As-Sa’adah di Bukit Naga, Shah Alam yang dibina di atas tanah wakaf bertempoh. AHP merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Di sini, HALUAN sebagai pihak pengurusan asrama …

Seminar Pembangunan Modal Insan

Seminar Pembangunan Modal Insan

Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI) adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Biro Pengajian Tinggi HALUAN. Objektif utama SEMAI adalah untuk: mewujudkan ruang dan pertemuan antara para penyelidik dan pembuat dasar dalaman serta serantau bagi membincangkan persoalan-persoalan tentang pembangunan modal insan agar dapat mencapai tahap kecemerlangan, membantu untuk membentuk satu kesedaran terhadap isu-isu, forces of …

Biro Pengajian Tinggi

Biro Pengajian Tinggi HALUAN yang ditubuhkan pada tahun 2009 adalah merupakan sebuah biro di bawah HALUAN Malaysia yang bertujuan mengumpul ahli-ahli akademik dan para pentadbir institusi pengajian tinggi untuk mencapai visi dan misi HALUAN. Keanggotaan Biro Pengajian Tinggi terhad kepada ahli-ahli akademik dan para pentadbir insitusi pengajian tinggi yang berdaftar sebagai ahli HALUAN sahaja. Objektif …

Berkayak Melebarkan Ukhuwah

Berkayak Melebarkan Ukhuwah

TELUK KUMBAR, PULAU PINANG, 28 Mac 2012 -– Seramai 100 orang ahli HALUAN Cawangan Pulau Pinang bersama masyarakat setempat telah menjayakan program ‘Ayuh Berkayak’ di Pusat Sukan Air Teluk Kumbar. Program yang dianjurkan oleh HALUAN Malaysia Cawangan Pulau Pinang ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim bersama masyarakat setempat. Aktiviti berkayak ini turut disertai oleh 20 orang …

Siswi HALUAN Menang Anugerah Terbaik di Mesir

Siswi HALUAN Menang Anugerah Terbaik di Mesir

TANTA, MESIR 21 Mac 2012 – Seorang pelajar Malaysia telah menerima hadiah kajian terbaik daripada Jabatan Penyakit Tropikal dan Jangkitan (Tropical Disease and Infection Department) Universiti Tanta, Mesir dalam satu majlis penghargaan 13 Mac yang lalu. Nurulhusna Ahmad Sani, pelajar tahun akhir jurusan Perubatan Am, adalah satu-satunya pelajar Malaysia yang menerima hadiah penghargaan itu bersama …

Bowling Persahabatan Meningkatkan Ukhuwah

Bowling Persahabatan Meningkatkan Ukhuwah

JITRA, 20 Mac 2012 – Seorang yang bijak akan menggunakan semua kesempatan yang ada di sekelilingnya untuk manfaat yang lebih besar. Kesempatan ahli-ahli Kelab Siswa HALUAN (HALUAN Siswa) di sekitar Alor Setar untuk menganjurkan satu perlawanan bowling persahabatan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan ukhuwah di samping membuka ruang aktiviti riadhah alternatif yang dapat menjaga kesihatan tubuh …

Salam Perantauan dari Bumi Shamrock

Salam Perantauan dari Bumi Shamrock

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, saya doakan para pembaca sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoret sedikit perkongsian sepanjang jelajah ilmu dan tarbiah saya di negara orang. Sebuah negara yang jaraknya lebih kurang 13 jam perjalanan dengan kapal terbang dan kurang lapan jam daripada waktu di Malaysia, …

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 Membina Mahasiswa

SHAH ALAM, 18 Mac 2012 -– Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke-9 (SKEMA XI) telah berjaya menarik penyertaan seramai 305 orang peserta dari insitusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang. Program ini telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Sesuai dengan temanya “Mahasiswa Dinamik Menjana Keperibadian Pemimpin” SKEMA XI menonjolkan perbincangan-perbincangan …