fbpx

Asrama HALUAN Penyayang

Asrama HALUAN Penyayang

Asrama HALUAN Penyayang

Asrama HALUAN Penyayang (AHP) telah ditubuhkan oleh Biro Kebajikan HALUAN pada bulan Januari 2006. Asrama ini beroperasi di Kompleks Darul Miftah As-Sa’adah di Bukit Naga, Shah Alam yang dibina di atas tanah wakaf bertempoh.

AHP merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Di sini, HALUAN sebagai pihak pengurusan asrama berusaha menyempurnakan segala keperluan asas makan dan minum, tempat tinggal, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan agar mereka terbela dan terbina saksiah yang soleh musleh. Penekanan khusus diberikan di dalam pembangunan potensi diri dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi melalui pelbagai program dan aktiviti yang terancang.

Penghuni AHP adalah terdiri pelajar-pelajar lelaki dan berumur dari 8 tahun ke 17 tahun. Mereka datang dari pelbagai negeri di Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Pembiayaian operasi AHP adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat prihatin.

Aktiviti Harian di AHP
Hari Isnin-Jumaat

Waktu Aktiviti
5.30 Pagi Bangun Pagi + Mandi
6.00 Pagi Solat Subuh + Bacaan Zikir Al-Mathurat
7.00 Pagi Sarapan Pagi
7.40 Pagi Bertolak ke Sekolah
4.30 Ptg Pulang dari Sekolah + Minum petang
5.00 Ptg Solat Asar + Riadah
6.20 Ptg Mandi + Makan Malam
7.20 Mlm Solat Maghrib + Halaqah Al-Quran / Mentor Mentee (seminggu sekali)
8.30 Mlm Solat Isyak + Tazkirah
9.00 Mlm Ulangkaji Pelajaran (PREP)
10.45 Mlm Minum Malam
11.00 Mlm Tidur
Hari Sabtu & Ahad

Waktu Sabtu Ahad
5.30 Pagi Bangun pagi + Mandi Bangun Pagi + Mandi
6.00 Pagi Solat Subuh + Bacaan Zikir Al-Mathurat Solat Subuh + Bacaan Zikir Al-Mathurat
7.00 Pagi Pemeriksaan Dorm + Sarapan Pagi Gotong-Royong + Sarapan Pagi
9.00 Pagi Homework + Ulangkaji (PREP)/Program Sekolah Aktiviti bebas/program luar
12.30 Tghari MakanTengahari Makan Tengahari
1.30 Ptg Solat Zohor Solat Zohor
2.30 Ptg KelasTuisyen Homework + Ulangkaji (PREP)
5.00 Ptg Minum Petang + Solat Asar + Riadah Minum ptg +Solat Asar + Riadah
6.20 Ptg Mandi + Makan Malam Mandi + Makan Malam
7.20 Mlm Solat Magrib + Halaqoh Al-Quran Solat Magrib + Halaqah Al-Quran
8.30 Mlm Solat Isyak + Tazkirah Solat Isyak + Tazkirah
9.00 Mlm Malam /Kesenian Ulangkaji (PREP)
10.45 Mlm Minum Malam Minum Malam
11.00 Mlm Tidur Tidur

Aktiviti Berkala di AHP
ahp-002Selain daripada aktiviti harian, beberapa aktiviti bulanan dan tahunan seperti berikut turut dijalankan:
Bulanan :

Mesyuarat AJK
Qiamulail
Puasa Sunat
Riadhah
Rehlah luar.
Tahunan :

Program Motivasi
Kem Akademik
Lawatan Sambil Belajar
Majlis Ilmu
Program Bersama Masyarakat
ahp-003Bagaimana anda boleh membantu AHP?
Sumbangan wang tajaan secara tetap (bulanan/tahunan):

Penajaan Kos Sara Hidup: RM 250 sebulan seorang
Penajaan Pembelajaran: Rm 150 sebulan seorang
Penajaan Kos Sara Hidup + Pembelajaran: RM 400 sebulan seorang
Penajaan Kos Pengurusan: RM 100 – 9,500 sebulan
Tajaan barangan makanan seperti beras, gula, minyak masak, roti, biskut, bawang, ubi kentang, sos, kicap dan lain-lain.

Sumbangan keperluan pelajar seperti pakaian, alat tulis dan barangan kebersihan diri.

Sumbangan perabot atau peralatan seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain yang sesuai.

Sumbangan tenaga/ilmu/kepakaran seperti pengisian kelas tambahan, motivasi, psikologi, teknik belajar, nasyid dan kemahiran seni.

Para dermawan boleh menyumbang terus kepada AHP di alamat:

Asrama Haluan Penyayang (AHP)
Lot 4213, Jalan Klinik, Bukit Naga
Seksyen 32, 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

atau melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad seperti berikut:

Nama Akaun: Tetuan Tabung Anak Yatim dan Miskin HALUAN Penyayang
No Akaun: 1203 8010 0810 98

Hubungi AHP
Asrama Haluan Penyayang (AHP) mengalu-alukan pandangan, cadangan, nasihat, pertanyaan dan juga sumbangan.
Anda boleh menghubungi kami di alamat AHP atau berhubung terus dengan petugas-petugas seperti berikut:

Maksud Surah Al-Maun Ayat 1-3 : ”Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan kepada orang miskin …”

Semoga segala keprihatinan dan sumbangan kita semua untuk membela golongan anak yatim dan fakir miskin akan diterima oleh allah swt sebagai amal soleh yang bermanafaat di akhirat nanti, amin.