fbpx

HALUAN

Kelompok Ekstrim Yahudi Mahu Memindahkan Masjid Al Aqsa Ke Arab Saudi

Kelompok Ekstrim Yahudi Mahu Memindahkan Masjid Al Aqsa Ke Arab Saudi

Kelompok-kelompok Yahudi ekstrimis di Israel makin terang-terangan ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu Haram Al-Sharif yang ada di Al-Quds (Jerusalem Timur). Mereka menyatakan, kedua tempat suci umat Islam dunia itu sebaiknya dipindahkan ke Mekah, Arab Saudi. Pernyataan tersebut dilontarkan oleh organisasi Yahudi ekstrim antara lain Gershom Salomon, Orthodox Temple Mount dan Eretz Yisrael Faithfull …

HALUAN dan JAKIM Jayakan Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim

HALUAN dan JAKIM Jayakan Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim

LANGKAWI, 16 Oktober 2009 — HALUAN Malaysia buat julung kalinya mengadakan Program Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim Zon Utara. Sasaran penyertaan adalah dari kalangan anak-anak yatim terpilih dari zon utara. Program telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Eagle Bay Hotel, Langkawi. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini dihadiri …

Perjanjian Damai Tajaan Mesir: Fatah Bersetuju, Hamas Masih Belum Beri Kataputus

Pergerakan Fatah akan menerima kertas cadangan yang disediakan oleh Mesir yang mengandungi dokumen untuk perpaduan rakyat Palestin dan sedia menandatangani, manakala gerakan Hamas belum memberi sebarang pengesahan. Mesir yang menjadi pengantara antara kedua-dua pihak, telah memberi satu cadangan baru secara berasingan untuk ditandatangani oleh Fatah dan Hamas, sebelum kedua-dua buah pergerakan tersebut boleh menandatangani perjanjian …

Cerpen: Menanti Nafas Cinta

“23…23…. Muhammad Ramadhan!”,Garau sedikit suara yang dimiliki oleh Dr. Muhammad Ridha. Kebiasaannya pelajar akan diberi nombor kehadiran oleh para pensyarah untuk diambil kedatangan mereka , ini memudahkan para pensyarah untuk mencatit kehadiran dengan cepat. “Ya saya…maaf doktor”,Terkejut , dia menjawab dengan kelam kabut. “Kamu fikirkan apa? Ingat katil di rumah kah?”,Gurau doktor , mengusik pelajarnya …

Penduduk Pariaman ceria menyambut kedatangan Pasukan Kedua

Penduduk Pariaman ceria menyambut kedatangan Pasukan Kedua

15 Oktober 2009, PARIAMAN, SUMATERA – Penduduk daerah Pariaman dengan penuh harapan dan keceriaan menyambut kedatangan Pasukan Kedua dari Misi Kemanusiaan Padang yang menggantikan tugasan Pasukan Pertama yang telah selamat pulang ke tanahair Isnin lalu. Pasukan Kedua ini diketuai oleh Sdr Zailani Mohd Ali dari HALUAN Johor dan dibantu oleh Dr Mohd Arif Abd Rashid …

500 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri HALUAN Kedah

500 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri HALUAN Kedah

ALOR SETAR, 4 Oktober 2009 — HALUAN Kedah dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Wilayah Utara Berhad (KOINSAN) telah mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri kelmarin di Perkarangan Bangunan KOINSAN di Alor Setar. Sekitar 500 orang para tetamu telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut hadir ialah YDP HALUAN, Kedah, Tn Haji Mansor Bin Md Daud, Bendahari …

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:  1. Israel Israel adalah nama gelaran …

Majlis Perjumpaan Hari Raya HALUAN Selangor Disambut Meriah

Majlis Perjumpaan Hari Raya HALUAN Selangor Disambut Meriah

SHAH ALAM, 11 Oktober 2009 — HALUAN Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1430H di Kompleks Taman Kesenian Islam, Shah Alam. Majlis yang bermula seawal 8.30 pagi ini dihadiri oleh ahli-ahli dan keluarga HALUAN Selangor beserta tetamu-tetamu jemputan. Anak-anak turut hadir memeriahkan suasana, di mana setiap mereka gembira riang apabila disambut …

Pasukan pertama bantuan kemanusiaan dan perubatan HALUAN pulang ke tanahair

Pasukan pertama bantuan kemanusiaan dan perubatan HALUAN pulang ke tanahair

SEPANG, SELANGOR Okt 12, 2009:   PASUKAN pertama Misi Bantuan Kemanusiaan dan Perubatan HALUAN selamat pulang ke Malaysia pagi ini setelah lebih seminggu berkhidmat di kawasan bencana gempabumi di Sumatera Barat. Pasukan yang terdiri daripada dua orang doktor perubatan, seorang jururawat kanan serta dua orang relawan itu telah berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Padang pada 7 …

Mangsa gempa di Padang berhadapan dengan berbagai penyakit

Mangsa gempa di Padang berhadapan dengan berbagai penyakit

Kini hampir seminggu relawan-relawan HALUAN mencurah bakti kepada mangsa-mangsa gempa di Padang. Bantuan berbentuk klinik bergerak yang dijalankan sekitar Padang Pariaman sedikit sebanyak dapat menceritakan kisah kecemasan dan penderitaan yang dialami penduduk di sana. Sudah menjadi kebiasaan bagi relawan HALUAN dalam mana-mana misi kemanusiaan untuk sedaya upaya memahami dan merasai keluh-resah masyarakat. Bagi pasukan ini, …