fbpx

Perjanjian Damai Tajaan Mesir: Fatah Bersetuju, Hamas Masih Belum Beri Kataputus

Perjanjian Damai Tajaan Mesir: Fatah Bersetuju, Hamas Masih Belum Beri Kataputus

Pergerakan Fatah akan menerima kertas cadangan yang disediakan oleh Mesir yang mengandungi dokumen untuk perpaduan rakyat Palestin dan sedia menandatangani, manakala gerakan Hamas belum memberi sebarang pengesahan. Mesir yang menjadi pengantara antara kedua-dua pihak, telah memberi satu cadangan baru secara berasingan untuk ditandatangani oleh Fatah dan Hamas, sebelum kedua-dua buah pergerakan tersebut boleh menandatangani perjanjian bersama selepas perayaan Aidil Adha akan datang.

Pergerakan Fatah berkata yang mereka telah menandatangani dokumen tersebut, dan memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Pusat, Azzam Al Ahmad, akan menyerahkannya ke Mesir. Anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Mohammad Dahlan, berkata yang pergerakan itu memaklumkan Presiden Mahmoud Abbas bahawa mereka menerima dokumen itu. Semasa sidang akhbar pada Selasa (13Okt) di Ramallah, Dahlan berkata yang jawatankuasa itu telah meminta Abbas bagi mengumumkan bahawa jika usaha-usaha perdamaian gagal, pilihan raya legislatif dan jawatan presiden akan diadakan pada 25 Januari 2010. Beliau menambah bahawa jawatankuasa telah mengambil keputusan ini selepas mendengar ucapan yang terakhir oleh Khalid Mashal, Ketua Biro Politik Hamas di Syria. Jawatankuasa Pusat Fatah menuduh Mashal cuba untuk menghangatkan keadaan bagi mengelakkan menandatangani satu perjanjian perpaduan. Pemimpin politik Hamas, Mosheer Al Masry, berkata yang pergerakan Hamas mempunyai beberapa  persoalan pada dokumen yang disediakan oleh Negara Mesir, tetapi menambah bahawa Hamas amat berminat dalam mencapai perdamaian dan perpaduan. Katanya lagi Hamas bersedia menerima tekanan sebelum keputusan menandatangani di buat ke atas dokumen tersebut kea rah mencapai perpaduan selagi ia tidak merosakkan kepentingan penduduk Palestin.