fbpx

HALUAN dan JAKIM Jayakan Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim

HALUAN dan JAKIM Jayakan Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim

HALUAN dan JAKIM Jayakan Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim

LANGKAWI, 16 Oktober 2009 — HALUAN Malaysia buat julung kalinya mengadakan Program Kursus Kecemerlangan Sahsiah Anak Yatim Zon Utara. Sasaran penyertaan adalah dari kalangan anak-anak yatim terpilih dari zon utara. Program telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Eagle Bay Hotel, Langkawi.


Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini dihadiri oleh seramai 49 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang puteri dan 38 orang putera. Mereka dipilih dari Kampung KEDA Sungai Udang, Rumah Darul ‘Itam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra, Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Dua, Pulau Pinang dan beberapa buah sekolah rendah di sekitar Langkawi. Seramai 10 orang wakil HALUAN telah menghadiri program ini. Mereka terdiri daripada empat orang pemerhati dan enam orang fasilitator.

Sebanyak 6 slot ceramah motivasi telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput dari JAKIM dan juga Kompleks HALUAN Penyayang Padang Matsirat, Langkawi. Melalui ceramah-ceramah tersebut, para peserta didedahkan dengan kaedah dan sarana untuk membentuk peribadi Muslim yang soleh. Mereka juga didedahkan dengan kepentingan untuk mengamalkan cara hidup Islam yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan.

Selain dari slot ceramah, peserta juga telah dapat mengikuti aktiviti luar seperti riadah dan Night Walk

Majlis perasmian dan penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Abdul Halid Sintol. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Presiden 3 HALUAN, Dr Azizan Ahmad.

Para peserta yang mengikuti program ini telah memberi respons yang sangat baik. Mereka berharap supaya dapat menyertai program seperti ini lagi pada masa akan datang. Menurut peserta, ini adalah merupakan pengalaman pertama mereka didedahkan dengan aktiviti – aktiviti seumpama ini.

HALUAN mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JAKIM yang memberi kepercayaan kepada HALUAN untuk mendidik dan berbakti kepada anak-anak yatim ini.