fbpx

HALUAN

Qaradhawi: Lindungi Segera Masjid Al Aqsa

26 Okt – Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, menyerukan umat Islam dunia agar bertindak atas kejahatan serangan Israel yang terjadi hari Ahad (25/10) terhadap Masjid Al Aqsa. Beliau menegaskan, berulangkali Yahudi Israel melakukan serangan keji terhadap Masjid Al Aqsa yang kurang mendapat tindakan serius dari kaum Muslimin dunia. ”Peristiwa yang baru …

Yahudi Israel Cuba Menutup Sejarah “Pembersihan Etnik Palestin”

26 Okt – Menteri Pendidikan di Israel telah memutuskan untuk menarik buku pelajaran sejarah kerana kandungan bahagian yang ada di dalam buku tersebut membicarakan tentang pengusiran warga Palestin pada tahun 1948 untuk pembentukan negara Israel, menggambarkan hal itu sebagai ‘Ethnic Cleansing. ” Sumber-sumber media Israel mengatakan, buku pelajaran, yang akan diajarkan kepada kelas menengah, akan …

Netanyahu: Rakyat Palestin harus Akui Negara Yahudi

25 Okt – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan pada hari Sabtu kelmarin (24/10), bahawa rakyat Palestin harus mengakui Israel sebagai sebuah negara Yahudi, jika rakyat Palestin ingin hidup dalam damai. Netanyahu mengatakan kepada Washington Post bahawa Israel bukan dua negara. “Ini adalah tanah air setiap orang Yahudi. Dan ada persetujuan umum yang sangat luas …

HALUAN Pahang Sertai Seminar Perundangan Jenayah Syariah

HALUAN Pahang Sertai Seminar Perundangan Jenayah Syariah

KUANTAN, 26 Oktober 2009 — Sekretariat Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Negeri Pahang yang terdiri dari Gabungan NGO-NGO Islam Negeri Pahang, telah berjaya menganjurkan Seminar ‘Perundangan Jenayah Syariah: Isu dan Cabaran’ Di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 25 Oktober lalu. Seminar yang bertemakan ‘Memartabatkan Perundangan Syariah’ tersebut dianjurkan untuk …

Kenali Masjidil Aqsa (2)

Seawal 20 Ogos 1929 lagi, sekumpulan Yahudi ekstremis dari kumpulan Kachaneh (Kach) telah menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa untuk menguasai tembok Buraq untuk ditukarkan menjadi “Kotet” (tembok meratap). Nasib baiklah kaum Muslimin yang pada waktu itu masih merupakan penduduk majoriti kota tersebut berjaya mematahkan tindakan tersebut dan sekali gus Berjaya mempertahankan masjid tersebut. Walau bagaimanapun harga yang terpaksa …

Kenali Masjidil Aqsa (1)

Kenali Masjidil Aqsa (1)

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah AllahSWT. Di tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadis sahih disebutkan sebagai salah satu dari tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha. RasululLLAH SAW …

Kelab Guru HALUAN Kelantan Dilancarkan

KOTA BHARU, 25 Oktober 2009 — Kelab Guru HALUAN Kelantan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman kelmarin. Pelancaran tersebut diadakan bersempena dengan Seminar Guru dan Pendidik HALUAN yang diadakan di dewan Sekolah Rendah Ugama Al Hilal, Kota Bharu. Seminar sehari tersebut diadakan untuk mengembeling guru dan pendidik yang bersedia …

Palestin, Yahudi dan Peranan Umat Islam

Palestin, Yahudi dan Peranan Umat Islam

Sering kali kita dimomok-momokkan bahawa masalah Palestin mesti diselesaikan oleh negara Arab kerana Palestin adalah natijah dari kegagalan dan kemandulan negara Arab menyelesaikan masalah dengan negara haram Yahudi. Palestin diduduki oleh bangsa Arab dan Palestin berperang dengan Yahudi, jadi ia adalah konflik di antara Arab dan Yahudi. Selain itu, perjuangan membebaskan bumi Palestin dilihat sebagai …

Hamas Komited Dengan Kertas Cadangan Perdamaian Anjuran Mesir

19 Oktb – Jurubicara Hamas, Sami Abu Zuhri, hari Ahad lepas mengatakan bahawa para pemimpin Hamas akan mengirim rombongan ke Kaherah untuk bertemu dengan para pentadbir Mesir bagi menyatakan sikap mereka terhadap kertas cadangan perdamaian yang dirangka oleh Mesir. Abu Zuhri menekankan bahawa perhubungan sedang berlangsung untuk menentukan tarikh kedatangan para pemimpin Hamas itu ke …

Lagi Kisah Kejam Tentera Israel Ke Atas Warga Gaza Di Bongkar…

Lagi Kisah Kejam Tentera Israel Ke Atas Warga Gaza Di Bongkar…

Koordinator Umum Gerakan Rakyat untuk Kebajikan Tahanan dan Hak-hak Palestin menuduh Israel telah melakukan pelbagai tindakan kejahatan selama penjajahan mereka di Tebing Gaza pada musim dingin lalu. Di antaranya pembunuhan sebuah keluarga Palestin secara kejam sebaik sahaja pengepungan dilakukan ke atas rumah mereka. Israel juga menghilangkan jejak beberapa anggota keluarga itu, sehingga nasib mereka belum …