fbpx

Kelab Guru HALUAN Kelantan Dilancarkan

Kelab Guru HALUAN Kelantan Dilancarkan

KOTA BHARU, 25 Oktober 2009 — Kelab Guru HALUAN Kelantan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman kelmarin. Pelancaran tersebut diadakan bersempena dengan Seminar Guru dan Pendidik HALUAN yang diadakan di dewan Sekolah Rendah Ugama Al Hilal, Kota Bharu.


Seminar sehari tersebut diadakan untuk mengembeling guru dan pendidik yang bersedia menyalurkan idea dan tenaga ke arah memperkukuhkan usaha dakwah dan tarbiah kepada masyarakat, terutama sekali golongan anak-anak dan pelajar. Selain daripada itu, pertemuan tersebut juga telah dapat membangun dan menyemarakkan lagi potensi diri serta keupayaan bekerja setiap peserta dalam konteks berubudiyah kepada Allah swt.

Acara kemuncak dalam seminar tersebut adalah ucaptama yang disampaikan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman. Seramai 35 ahli HALUAN dari kalangan guru dan pendidik yang mengikuti seminar tersebut telah membahaskan kandungan ucaptama melalui sesi bengkel dan seterusnya menghasilkan resolusi gerakerja untuk tahun 2010.

Sempena seminar itu juga, Kelab Guru HALUAN Kelantan (KGHK) telah dilancarkan dengan rasminya. Semoga KGHK akan terus maju ke hadapan memacu dakwah dan tarbiah dengan akhlak maknawiyah, insyaAllah.