fbpx

Kelompok Ekstrim Yahudi Mahu Memindahkan Masjid Al Aqsa Ke Arab Saudi

Kelompok Ekstrim Yahudi Mahu Memindahkan Masjid Al Aqsa Ke Arab Saudi

Kelompok Ekstrim Yahudi Mahu Memindahkan Masjid Al Aqsa Ke Arab Saudi

Kelompok-kelompok Yahudi ekstrimis di Israel makin terang-terangan ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu Haram Al-Sharif yang ada di Al-Quds (Jerusalem Timur). Mereka menyatakan, kedua tempat suci umat Islam dunia itu sebaiknya dipindahkan ke Mekah, Arab Saudi. Pernyataan tersebut dilontarkan oleh organisasi Yahudi ekstrim antara lain Gershom Salomon, Orthodox Temple Mount dan Eretz Yisrael Faithfull Movement. Akhbar Israel Yedioth Ahronoth edisi Rabu (14 Okt) melaporkan bahawa organisasi-organisasi Yahudi fanatik itu akan mengupah para jurutera untuk memindahkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu Al-Sharif ke Mekah. Pimpinan kelompok ultra nasionalis-kanan Israel, Yehuda Etzion pada akbar itu mengancam akan meledakkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu jika pemerintah Israel tidak mahu menghancurkan dan memindahkan bangunan itu ke tempat lain. Etzion pada tahun 1980-an ditangkap dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana merancang untuk mengebom masjid-masjid di Palestin, terutama Masjid Al-Aqsa dan Haram Al-Sharif dan dia bersumpah akan melakukan rancangan itu lagi. Sejak regim Zionis Israel menguasai Jerusalem Timur pada tahun 1967, mereka secara haram menceroboh dan menguasai tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian di wilayah itu. Para pemukim Yahudi ekstrim berulangkali melakukan kerosakan dan penyerbuan ke masjid Al-Aqsa. Insiden terbaru terjadi pada awal bulan kelmarin, apabila sekelompok pemukim Yahudi fanatik menyerbu masjid sehingga terjadi pertembungan dengan jamaah Muslim Palestin. Selanjutnya, regim Zionis menutup lokasi masjid dan melarang warga Muslim Palestin yang berusia dibawah 50 tahun beribadah di Masjid Al-Aqsa. Bukan hanya para pemukim Yahudi sahaja yang berusaha merosakan Al-Aqsa tetapi juga pemerintahan Zionis Israel yang terus melakukan penggalian di bawah kompleks Masjid Al-Aqsa yang membahayakan tiang asas masjid. Penggalian dilakukan sebagai sebahagian dari program yahudisasi Al-Quds yang dilakukan regim Israel. (ln/prtv/eramuslim/fn)