HALUAN

MTP26: KKH Akan Tawar Khidmat Konsultansi Pakar

MTP26: KKH Akan Tawar Khidmat Konsultansi Pakar

mtpkkh0BANDAR BARU BANGI, 25 Mei 2015 – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) akan menawarkan kelainan semasa Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN Ke-26 di Ulu Tiram, Johor hujung minggu ini. Buat pertama kalinya KKH tidak akan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan biasa seperti yang sering diadakan semasa MTP sebelum ini. Sebaliknya, KKH akan menawarkan khidmat konsultansi doktor pakar …

Rakyat Malaysia Taja Terapi Pendengaran Anak Palestin

Rakyat Malaysia Taja Terapi Pendengaran Anak Palestin

BANDAR BARU BANGI, 21 Mei 2015 — Serangan tentera Zionis pada musim panas lalu bukan sahaja memusnahkan harta, ekonomi serta sosial penduduk Gaza, tetapi juga mendedahkan ribuan kanak-kanak yang terus berhadapan dengan kecacatan, tekanan psikologi dan trauma. Sekatan berterusan oleh rejim Zionis dan junta tentera Mesir yang dikeruhkan lagi dengan sikap membisu serta isolasi masyarakat …

Terus Santuni Mangsa Gempa Nepal

Terus Santuni Mangsa Gempa Nepal

SEPANG, 18 Mei, 2015 – Santunan yang diberikan pasukan perubatan dan kebajikan HALUAN di Nepal ternyata memberikan kesan mendalam kepada mangsa gempabumi dahsyat yang melanda negara Asia Selatan itu. Pasukan pertama HALUAN yang diketuai oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaannya, Dr Baharudin Suri telah tiba di ibu negara Kathmandu pada 3 Mei setelah lapan hari berlakunya …

Relawan Bergiat Kuasai Ham Radio

Relawan Bergiat Kuasai Ham Radio

BANDAR BARU BANGI, 11 Mei 2015 – Para relawan HALUAN maju setapak lagi demi menyantuni masyakarat mangsa tragedi serta terpinggir dengan mendalami ilmu ham radio atau radio amatur. Seramai 15 orang perintis pertama telah menyertai kursus persediaan ujian radio amatur ini di Ibu Pejabat HALUAN di sini semalam. Ketua Biro Penerangan HALUAN (BPEN), Encik Khairul …

Spiritual, Intelektual Teras Muktamar HALUANITA 2015

Spiritual, Intelektual Teras Muktamar HALUANITA 2015

BANDAR BARU BANGI, 3 Mei 2015 – Elemen persediaan spiritual, intelektual, fizikal dan material menjadi teras penggerak HALUANITA sebagai dai’yah yang aktif mencorak masyarakat ke arah kebaikan. Muktamar HALUANITA Kebangsaan 2015 anjuran Biro HALUANITA dari 2-3 Mei lepas telah menggariskan kualiti ahli HALUANITA yang didambakan oleh HALUAN, bersesuaian dengan cabaran yang melanda masyarakat kini. Dengan …

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

HALUAN Lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

BANGI 28 Apr 2015 – Orang ramai dipelawa menyumbang derma untuk membantu mangsa gempa bumi yang teruk menimpa Nepal pada tengahari Sabtu 25 April. HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaannya telah melancarkan tabung khas untuk tujuan tersebut, menurut ketua bironya, Dr Baharudin Suri. Gempa dahsyat berskala 7.9 Ritcher itu telah melanda Lembah Kathmandu yang berkepadatan penduduk …

HALUANSiswa Mesir Rai Hari Keluarga

HALUANSiswa Mesir Rai Hari Keluarga

KAHERAH, 27 Mac 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga (FDH) bertempat di Nadi Syabab, Kaherah, Mesir. Program ini telah disertai seramai 130 orang peserta dari kalangan ahli dan kenalan. Program yang bertemakan “Gempakkan Ukhuwah Sehebat Sahabah” ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah serta membentuk kefahaman Islam dalam diri peserta. Program selama …

Haluanita Giatkan Ekonomi Pula

Haluanita Giatkan Ekonomi Pula

BANDAR BARU BANGI, 5 April 2015 – Biro Ekonomi Haluanita julung-julung kalinya mengadakan Bengkel Usahawanita 2015 yang bertempat di Dewan Seminar Ibu Pejabat HALUAN. Seramai 25 peserta yang terdiri daripada usahawanita seluruh negara telah hadir. Objektif bengkel ini ialah mengembang dan meningkatkan ekonomi di kalangan usahawanita Haluanita, membina jaringan perniagaan Haluanita setiap negeri dan mengumpul …

150 hadiri SKEMA XV Putrajaya

150 hadiri SKEMA XV Putrajaya

BANGI, 4 April 2015 – Lebih 150 orang mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi sekitar Wilayah Tengah telah menyertai Seminar Kesejahteraan Mahasiswa ke-15 (SKEMA XV) anjuran Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Putrajaya di Dewan Kuliah, Kompleks Tun Abdullah Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Selesai ucapan pembuka tirai oleh pengarah program, Encik Ehsan Amir, majlis …

Penantian Suami Menggigit Jari

Penantian Suami Menggigit Jari

SEPANG, 8 Apr 2015 – Dr Basir Towil amat terperanjat dengan berita pengeboman udara besar-besaran oleh tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi ke atas kotaraya Sana’a di Yaman, kota gedung ilmu tempat di mana beliau dan tiga anak-anaknya pernah mendalami ilmu bahasa Arab suatu ketika dulu. Bagaikan tidak percaya negara seaman itu boleh dikancahkan dengan peperangan …