Posts Tagged: Education Supports

HALUAN Buka Peluang Siswazah Latih Kesukarelawanan Di Turki

HALUAN Buka Peluang Siswazah Latih Kesukarelawanan Di Turki

ÌSTANBUL, 23 Okt 2015 — Siswazah diseru merebut sepenuhnya kesempatan untuk mempelajari selok-belok seni kesukarelawanan terutama oleh masyarakat Turki yang rela menyantuni lebih 100 buah negara yang rakyat mereka ditimpa derita. Ini agar mereka kelak akan kembali ke tanah air sebagai pemimpin yang boleh menyantuni masyarakat dan memberikan sumbangan bakti secara terlatih. Presiden HALUAN, Dr …

Ruginya Kalau Aku Tak Join JDK2015

Ruginya Kalau Aku Tak Join JDK2015

BANDAR BARU BANGI, 20 Okt 2015 – Buat semua lepasan SPM 2015, mari manfaatkan cuti panjang kita nanti dengan persiapan diri memasuki IPT. Jom join Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2015 (JDK 2015) yang akan berlangsung pada 12 hingga 31 Disember 2015 bertempat di seluruh Malaysia. Kursus yang amat bermanfaat untuk lepasan SPM ini …

HALUAN-EPU Lancar Matematik Untuk Anak Yatim

HALUAN-EPU Lancar Matematik Untuk Anak Yatim

BANDAR BARU BANGI, 12 Okt 2015 — Program Intervensi Anak Yatim oleh HALUAN dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah diteruskan dengan penganjuran siri ketiga iaitu Modul SMART MATEMATIK. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran matematik dan teknik menjawab soalan ketika peperiksaan. Ia juga untuk meningkatkan minat peserta …

Modul Psikososial Intervensi Anak Yatim Menguatkan Yakin Diri Peserta

Modul Psikososial Intervensi Anak Yatim Menguatkan Yakin Diri Peserta

BANDAR BARU BANGI, 14 Sept 2015 — Berkesinambungan dari modul pertama bagi Program Intervensi Anak Yatim yang lalu, HALUAN dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah meneruskan program ini dengan penganjuran siri kedua berteraskan modul psikososial. Bertepatan dengan objektif utama program iaitu ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari seluruh aspek falkulti …

Kem Minda Kreatif Diiktiraf Program Tahunan Sekolah-Sekolah di Kunak

Kem Minda Kreatif Diiktiraf Program Tahunan Sekolah-Sekolah di Kunak

KUNAK, 16 Ogos 2015 – Program Kem Minda Kreatif (KMK) kendalian HALUAN Cawangan Sabah kini diiktiraf oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kunak sebagai salah satu program tahunan bagi sekolah-sekolah dalam daerah Kunak. Penolong Pegawai PPD Kunak, Ustaz Abu Samah Abu Bakar berkata dalam ucapan penutup KMK, PPD akan menyokong sebarang usaha yang memberi kebaikan kepada …

Risau Anak Anda Tidak Bergaji Besar?

Risau Anak Anda Tidak Bergaji Besar?

SHAH ALAM, 6 Sept 2015 – Ramai ibu bapa sekarang cukup risau tentang apa yang anak-anak mereka akan jadi apabila besar nanti – adakah doktor, jurutera, pensyarah, ataupun peguam – semua jawatan itu yang bergaji besar-besar belaka. Tetapi ibu bapa sering lupa dengan satu persoalan lebih penting iaitu apakah anak-anak kita akan menjadi hamba Allah …

Kursus JDK 2014 Tamat di Seluruh Negara

Kursus JDK 2014 Tamat di Seluruh Negara

jdk-tutup-01SHAH ALAM, 3 Jan 2015 – Majlis penutup Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) anjuran HALUAN Malaysia yang tamat di Zon Tengah pada 31 Disember lepas sekaligus menandakan tamat dengan rasminya kursus berkenaan di empat zon seluruh negara. Tiga lagi zon yang tamat serentak adalah Zon Utara di Perlis, Zon Timur di Kelantan dan …

RISE Bersiaga Untuk Latihan JDK

RISE Bersiaga Untuk Latihan JDK

khf-01SUBANG, 10 Dis 2014 – HALUAN Reverts and Islam Information Centre (RISE) cawangan zon Wilayah Tengah telah melancarkan latihan penceramah (Training of Trainers – ToT) daripada kalangan ahli-ahli Kelab HALUAN Fitrah (KHF) seluruh negara bagi menjayakan slot KHF di kesemua empat lokasi kursus Jatidiri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2014. Diketuai oleh pengerusi KHF, Dr Jamaludin …

Anak Pelarian Syria Tetap Diasuh Quran

Anak Pelarian Syria Tetap Diasuh Quran

HATAY, TURKI, 11 Dis 2014 — Pengalaman hari pertama mengagihkan bantuan kemanusiaan dirasakan begitu singkat sekali, mungkin kerana waktu siang di musim sejuk ini hanya sembilan jam. Pada hari kedua tugasan kami di Antakya, enam relawan HALUAN yang memikul amanah menyampaikan bantuan masyarakat Malaysia bertumpu di sekitar pekan kecil ini. Dalam perjalanan ke sebuah pusat …

Remaja Sekolah Meriahkan KMK Kelantan

Remaja Sekolah Meriahkan KMK Kelantan

MACHANG, 29 Nov 2014 – Lebih 60 orang peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah di seluruh Kelantan amat gembira setelah menyertai Kem Minda Kreatif (KMK) anjuran Kelab Remaja HALUAN Kelantan di Kompleks Perhutanan Bukit Bakar di sini. Kem yang bertemakan “Remaja Rabbani, Impian Syurga” ini bertujuan menerapkan kefahaman akidah, ibadah dan akhlak di kalangan remaja …