Archive for May, 2018

Gabungan NGO Malaysia Bantah Lawatan Modi

Gabungan NGO Malaysia Bantah Lawatan Modi

PUTRAJAYA, 31 Mei 2018 – Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama telah mengadakan protes aman semalam terhadap kunjungan rasmi oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di sini hari ini. Peserta himpunan telah berkumpul lebih awal di pinggiran Masjid Putra, Putrajaya untuk membantah tindakan …

Memperingati 8 Tahun Tragedi Mavi Marmara

Memperingati 8 Tahun Tragedi Mavi Marmara

Bak kata pepatah – membiarkan kejahatan itu sama dengan membantu kejahatan. Sempena memperingati kejahatan Zionis terhadap masyarakat awam dalam peristiwa serangan ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei 2010 lalu, kita tidak harus sekali-kali melupakan kejahatan Zionis itu. Peristiwa di awal Subuh di tengah-tengah perairan antarabangsa Mediterranean itu menjadi satu titik hitam dalam sejarah kemanusiaan. …

Kanak-kanak HALUAN Rai Orangasli Sungai Gabai

Kanak-kanak HALUAN Rai Orangasli Sungai Gabai

HULU LANGAT, SELANGOR, 30 Mei 2018 – Lebih 60 buah keluarga orangasli di Sungai Gabai dekat sini telah diraikan oleh Pemudi HALUAN Putrajaya dalam sebuah program Anak-anak Cakna Ummah bertemakan Ramadan semalam. Aktiviti di Perkampungan Islam Orangasli itu dinamakan sebagai ‘Program Ramadan Gift-Pack Anak-Anak Bersama Fakir Miskin’. Seramai 17 orang peserta daripada kalangan anak-anak ahli …

HALUAN Santuni Penghuni Asrama AHP

HALUAN Santuni Penghuni Asrama AHP

SHAH ALAM, 27 Mei 2018 – HALUAN Selangor melalui Biro Kebajikannya sekali lagi menyantuni anak yatim dan miskin di Asrama HALUAN Penyayang (AHP) sempena Ramadan Al Mubarak ini. Program yang dihadiri oleh 60 orang ahli HALUAN dan anak-anak yatim dan miskin itu mendapat sambutan yang sangat baik. Berobjektifkan untuk menyantuni anak- anak AHP di samping …

Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

Asnaf & Mualaf Kampung Medan Bersama HALUAN

TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR, 26 Mei 2018 – Saat yang bermakna buat enam keluarga asnaf dan mualaf Kampung Medan di sini tercapai apabila menerima kunjungan daripada wakil HALUAN. Kedatangan yang diraikan dan disambut baik oleh keluarga yang terlibat dalam program sepetang itu berjalan lancar. Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan berupa pek makanan asasi hasil …

Dakwah Cina: BHF Latih Mahasiswa MEDIU

Dakwah Cina: BHF Latih Mahasiswa MEDIU

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2018 – Membujur lalu melintang patah. Itulah semangat yang ditanamkan dalam minda mahasiswi jurusan agama Al-Madinah International University (MEDIU) yang sangsi untuk berkongsi Islam dengan warga bukan Islam. Bertempat di bilik seminar Masjid Al Khosyiin di Taman Desa Petaling pada 20 Mei lepas, seramai 11 orang pelajar IPT berkenaan didedahkan mengenai …

Ramadan Ceria Mualaf BHF Perak

Ramadan Ceria Mualaf BHF Perak

IPOH, 20 Mei 2018 – Biro HALUAN Fitrah Perak Unit Ipoh sangat bertuah kerana berpeluang meraikan kedatangan Ramadan bersama-sama dengan tiga buah keluarga mualaf di sekitar Ipoh pada 19 Mei lepas. Program tautan ukhuwah dengan keluarga-keluarga mualaf tersebut diserikan dengan hadiah bakul makanan kepada mereka yang rata-ratanya dalam kategori miskin. Pada kali ini, program berkenaan …

Mualaf Orangasli Desa Kemandol Dirai

Mualaf Orangasli Desa Kemandol Dirai

KUALA LANGAT, 19 Mei 2018 – Surau Al Hidayah Taman Desa Kemandol menjadi saksi pertemuan di antara bekas guru dan pelajar dalam satu majlis berbuka puasa dan sumbangan Ramadan daripada HALUAN kepada mualaf masyarakat orang asli di sini. Program yang bertujuan mendekati masyarakat orangasli Desa Kemandol itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk di …

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

SUNGAI BULOH, 19 Mei 2018 – Seramai 11 orang peserta terdiri daripada Biro HALUANITA Selangor Unit Petaling Jaya telah turut serta menyantuni ibu tunggal dan asnaf di Kampung Melayu Sungai Buloh tempoh hari. Program ziarah Ramadan dan serahan sumbangan kepada penduduk asnaf itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Serahan sumbangan berupa barangan keperluan makanan harian dan …

Solidariti NGO Muslim Malaysia Menentang Zionisme

Solidariti NGO Muslim Malaysia Menentang Zionisme

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2018 – “Presiden kamu sekarang adalah manusia paling gila dalam menangani isu pencerobohan regim Israel di Baitulmaqdis,” demikian kata-kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid kepada petugas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini yang tampil menerima memorandum delegasi himpunan aman anjuran gabungan badan bukan kerajaan …