fbpx

HALUAN Santuni Penghuni Asrama AHP

HALUAN Santuni Penghuni Asrama AHP

HALUAN Santuni Penghuni Asrama AHP

SHAH ALAM, 27 Mei 2018 – HALUAN Selangor melalui Biro Kebajikannya sekali lagi menyantuni anak yatim dan miskin di Asrama HALUAN Penyayang (AHP) sempena Ramadan Al Mubarak ini. Program yang dihadiri oleh 60 orang ahli HALUAN dan anak-anak yatim dan miskin itu mendapat sambutan yang sangat baik.

Berobjektifkan untuk menyantuni anak- anak AHP di samping mengeratkan lagi ukhuwah di antara ahli melalui program kemasyarakatan sebegini sememangnya mampu mendidik ahli HALUAN untuk sama-sama berkongsi suasana dan rezeki Ramadan dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Program dimulai pada jam 6.30 petang dengan Majlis Tadarus Al-Quran bersama pelajar-pelajar penghuni AHP, diikuti bacaan doa dan iftar jamaie. Selesai solat jemaah maghrib, isyak, tarawih dan tazkirah, anak-anak penghuni AHP telah menerima sumbangan duit raya bagi membantu menampung perbelanjaan keperluan Aidil Fitri mereka. Majlis bersurai selepas ucapan penutup oleh wakil HALUAN Selangor, Encik Mohd Nasaruddin Abdul Manaf.

“Alhamdulillah, syukur kerana program berjalan dengan baik. Harapan saya agar program seumpama ini boleh diteruskan dan melibatkan lebih ramai lagi ahli HALUAN bagi menyantuni penghuni di AHP ini. Program m sebegini dapat memberi peluang kepada ahli HALUAN untuk berbakti kepada masyarakat terutamanya anak yatim dan miskin,” kata penasihat Biro Kebajikan HALUANITA Selangor, Puan Norini Hamdan.

__
Laporan Biro Kebajikan HALUAN Cawangan Selangor

Anak-anak lelaki AHP bersama ahli HALUAN
Majlis tadarus Al Quran sebelum berbuka
Sumbangan duit raya
Wajah ceria anak-anak AHP bersama ahli HALUAN