fbpx

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

HALUAN Rai Asnaf Ziarah Ramadhan

SUNGAI BULOH, 19 Mei 2018 – Seramai 11 orang peserta terdiri daripada Biro HALUANITA Selangor Unit Petaling Jaya telah turut serta menyantuni ibu tunggal dan asnaf di Kampung Melayu Sungai Buloh tempoh hari.

Program ziarah Ramadan dan serahan sumbangan kepada penduduk asnaf itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Serahan sumbangan berupa barangan keperluan makanan harian dan sumbangan tunai telah diserahkan kepada empat buah keluarga asnaf terpilih. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengah hari itu berakhir dengan perasaan penuh syukur dan gembira kerana dapat membantu meringankan beban para ibu tunggal yang menjadi tulang belakang keluarga setelah ketiadaan ketua keluarga mereka.

“Program ziarah asnaf ini sangat baik untuk diteruskan kerana Islam menganjurkan kita membantu mereka yang miskin, ibu tunggal dan anak- anak yatim. Di samping membantu meringankan beban mereka, program ini juga menjalin ikatan ukhuwah antara kami dan para asnaf yang diziarahi. Harapan saya agar keluarga yang disantuni ini dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik dari sebelum ini,” berkata Ketua Unit Kebajikan Biro HALUANITA Selangor, Puan Rokiah Jaafar.


Laporan Unit Kebajikan, Biro HALUANITA HALUAN Cawangan Selangor (Unit PJ)

Beramah mesra berkongsi cerita bersama
Keluarga Pn. Norhani Abdullah
Keluarga Pn. Saedah Abdullah
Keluarga Pn. Hazipah Abdullah