fbpx

Gabungan NGO Malaysia Bantah Lawatan Modi

Gabungan NGO Malaysia Bantah Lawatan Modi

Gabungan NGO Malaysia Bantah Lawatan Modi

PUTRAJAYA, 31 Mei 2018 – Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama telah mengadakan protes aman semalam terhadap kunjungan rasmi oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di sini hari ini.

Peserta himpunan telah berkumpul lebih awal di pinggiran Masjid Putra, Putrajaya untuk membantah tindakan Modi atas penindasan beliau terhadap  atas kaum Tamil, Muslim dan kaum minoriti lain di India.

Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan beliau adalah parti politik berbaur ekstrimise bermazhab Brahmin yang mengambil pendekatan kekerasan dan memaksa ke atas golongan majoriti masyarakat India.

Dalam masa yang sama , Narendra Modi kini dalam kunjungan hormat singkat ke atas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini semalam. Ini adalah lawatan kedua Modi ke Malaysia selepas kali terakhir pada 2015. Ketibaan beliau yang dilihat agak  tergesa-gesa tidak sampai sebulan selepas tamatnya pilihanraya umum Malaysia menimbulkan banyak tandatanya, terutama di kalangan rakyat Malaysia berbangsa Tamil yang tahu akan kekejaman beliau. Gabungan NGO berkenaan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut jurucakap Gabungan NGO berkenaan, Encik Bazeer Ahmad Mohamed Ibrahim, “penindasan terhadap kaum minoriti lain di India perlu dihentikan dan diambil tindakan serta merta.”

“80% rakyat kasta paling rendah di India telah ditindas oleh pertubuhan fascist agama Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang digerakkan oleh parti politik Modi. Orang beragama Islam  telah dipaksa untuk menukar agama. Ada yang dibayar dengan wang untuk menukar agama. Gereja dibakar di India. Begitu juga wanita-wanita telah diperkosa, tetapi kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan tegas untuk menegakkan keadilan. Mereka hendak supaya rakyat jadi takut, supaya rakyat patuh kepada agenda-agenda kerajaan kepimpinan beliau,” tegas Encik Bazeer.

Pada demonstrasi pagi semalam, HALUAN telah diwakili oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan, Dr. Baharudin Suri,  dan SUK Biro Pemuda, Muhammad Hasan Ahmad Bahari.

Ikuti rakaman peristiwa demonstrasi aman berkenaan di sini:


Laporan unit mediaHALUAN