fbpx

HALUAN

Kegigihan Isteri As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi

Kiriman ini adalah dari kawan yang bersama dalam program Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Mac 2009, Selasa lalu. Assalamualaikum, Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan …

Dialog Kebangsaan Palestin

Pada 1 April 2009 yang lalu telah berlangsung dialog kebangsaan Palestin di Kaherah. Dialog ini membabitkan pelbagai fraksi yang berjuang bagi pembebasan negara Palestin dari pendudukan dan pencabulan berterusan rejim zionis ke atas hak rakyat Palestin. Penegasan yang diutarakan oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya amat menepati tujuan dialog tersebut iaitu menamatkan sebarang perpecahan dan pemerintahan satu parti, melahirkan …

Ibu dipenjara 6 bulan

Ibu dipenjara 6 bulan

Jenin, 9 April 2009 – Mahkamah tentera Israel di Salem telah menangkap Nawal Saadi, seorang wanita Palestin dari sebuah kem pelarian di Jenin, dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak dua ribu shekels [1 shekel bersamaan 0.2 US dollar.] Ibu kepada 6 orang anak ini telah ditangkap di rumahnya di kem pelarian …

Aktiviti HALUAN Palestin Temerloh Mac-Apr 2009

Sekretariat HALUAN Palestin Temerloh mengadakan beberapa sesi ceramah kesedaran dan pameran Palestin sepanjang bulan Mac dan April 2009. Antaranya adalah seperti berikut: a) 5 April 2009 – Surau Permatang Shahbandar, Bandar Pusat Jengka. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Sabaruddin Alias b) 14 Mac 2009 – Rumah Anak Yatim Nurul Izzah, Paya Luas. Ceramah di sampaikan …

Netanyahu: “Saya tidak akan tinggalkan mana-mana wilayah yang diduduki”

Netanyahu: “Saya tidak akan tinggalkan mana-mana wilayah yang diduduki”

Hujung minggu lepas akhbar Israel Ma’ariv telah menyiarkan wawancara bersama Profesor Ben Zion Netanyahu, 99 tahun, bapa kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Natanyahu. Profesor Ben Zion terkenal dengan sikap berterus terang dan pandangan yang amat berhaluan kanan — dan dia tidak melakukan apa-apa yang bertentangan dengan reputasinya. Beliau berpegang bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik dengan …

HALUAN Kedah jayakan Kursus Akar Umbi Kristianiti

ALOR SETAR, 4 April 2009 — HALUAN Kedah dengan kerjasama PERKIM USJ-Subang Jaya telah menjayakan Kursus Akar Umbi Kristianiti dari 3hb hingga 4 hb April 2009. Kursus yang diadakan di Dewan SeRU KOINSAN tersebut telah dihadiri oleh seramai 48 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah jemputan dari …

Penggalian terowong di bawah Al Aqsa – Israel menjemput Intifada terbaru

Seorang pemimpin Palestin di Gaza, Amir Abu Al-Amrin, menyatakan bahawa rejim pengganas Zionis Israel kini menjemput kelahiran Intifadah terbaru sekiranya mereka terus menyerang masjid Al-Aqsa yang mulia, terutama sekali dengan kerja-kerja penggalian jaringan terowong di bawah kompleks tersebut. Beliau berkata demikian dalam satu perhimpunan raksasa di Bandar Gaza Isnin lalu. Perhimpunan itu diadakan bagi menyokong …

HALUAN Kedah Anjur Mini Ekspo dan Pameran Palestin

ALOR SETAR, 28 Mac 2009 — HALUAN Kedah telah mengambil kesempatan sempena hari sukan Tadika Ummi untuk mengadakan mini ekspo dan pameran Palestin. Program selama setengah hari tersebut telah diadakan di Padang Taman Rakyat, Alor Setar. Beberapa aktiviti untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahan Palestin telah berjaya dijalankan. Antara yang mendapat tarikan pengunjung adalah …

Lebih 170 bakal mahasiswa sertai HIMEGA 2009

Lebih 170 bakal mahasiswa sertai HIMEGA 2009

Kajang, 27hb Mac 2009 – Seramai lebih 170 pelajar lepasan SPM telah menyertai Program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) 2009 dari 27hb hingga 29hb Mac lalu. Program tahunan anjuran Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSISWA) kali ini telah diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS,) Bandar Seri Putra, Kajang. Bertemakan “Ke Arah Mahasiswa Rabbani,” program tahun …

Pemuda Israel enggan berkidmat dalam tentera, hantar gaji ke Gaza

Pemuda Israel enggan berkidmat dalam tentera, hantar gaji ke Gaza

Gaza, 26 Mac 2009 – Sembilan orang pemuda dan pemudi Israel enggan mematuhi arahan supaya berkhidmat dalam tentera pengganas Israel. Mereka sanggup dikurung dalam penjara tentera Israel sepanjang tempoh khidmat tentera tersebut. “Kami melihat tentera Israel sebagai satu kuasa penjajahan, dan kami tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Gaza,” kata Yuval Oron-Ofir, 25 tahun,  …