fbpx

HALUAN Kedah Anjur Mini Ekspo dan Pameran Palestin

HALUAN Kedah Anjur Mini Ekspo dan Pameran Palestin

ALOR SETAR, 28 Mac 2009 — HALUAN Kedah telah mengambil kesempatan sempena hari sukan Tadika Ummi untuk mengadakan mini ekspo dan pameran Palestin. Program selama setengah hari tersebut telah diadakan di Padang Taman Rakyat, Alor Setar.


Beberapa aktiviti untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahan Palestin telah berjaya dijalankan. Antara yang mendapat tarikan pengunjung adalah pameran poster berkenaan kekejaman tentera pengganas Zionis Israel yang didokong oleh bantuan dari Amerika Syarikat. Pengunjung-pengujung yang hadir, samada ibubapa mahupun anak-anak tadika, nyata teruja dengan bahan yang dipamerkan.

Selain dari itu, jualan barangan HALUAN Palestin terutamanya tabung famili juga diadakan bagi mengutip dana serta menggalakkan masyarakat menabung dan memberi sumbangan yang berterusan kepada saudara-saudari kita di Palestin.

Alhamdulillah usaha HALUAN Kedah ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang peranan mereka dalam menangani permasalahan Palestin. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dalam apa juga kesempatan, dan dapat dicontohi oleh aktivis HALUAN di tempat lain.