fbpx

Pemuda Israel enggan berkidmat dalam tentera, hantar gaji ke Gaza

Pemuda Israel enggan berkidmat dalam tentera, hantar gaji ke Gaza

Pemuda Israel enggan berkidmat dalam tentera, hantar gaji ke Gaza

Gaza, 26 Mac 2009 – Sembilan orang pemuda dan pemudi Israel enggan mematuhi arahan supaya berkhidmat dalam tentera pengganas Israel. Mereka sanggup dikurung dalam penjara tentera Israel sepanjang tempoh khidmat tentera tersebut. “Kami melihat tentera Israel sebagai satu kuasa penjajahan, dan kami tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Gaza,” kata Yuval Oron-Ofir, 25 tahun,  melalui perbualan talipon dengan agensi berita Ramattan. Yuval Oron-Ofir yang berasal dari Neve Shalom terpaksa berada dalam penjara tentera Israel selama 45 hari. Sebelum ini, beliau pernah 2 kali dipenjarakan sepanjang bulan November-Disember tahun 2008 kerana enggan mendaftar dalam perkhidmatan tentera Israel.

Sepertimana rakannya Oron, Tamar Katz, 19 tahun, sebelum ini telah dipenjara selama 50 hari. Dalam kenyataannya kepada Amnesty International, wanita muda Israel ini menyebut, “Saya tidak sanggup menjadi sebahagian dari tentera penakluk… saya tidak sanggup menjadi salah seorang dari mereka yang menyasarkan senjata ke arah orang awam Palestin, dan saya tidak percaya tindakan seperti itu boleh membawa sebarang perubahan, kecuali meningkatkan lagi penentangan dan keganasan di daerah ini.” Katz dikurung keseorangan dalam penjara dan dinafikan lawatan keluarga sebagai hukuman kerana enggan mengenakan pakaian tentera semasa berada di penjara. “Tindakan untuk memindahkan wang timbul apabila memikirkan kerosakan dan kepedihan yang dilakukan oleh tentera Israel terutama sekali ketika pembunuhan dalam Operasi Cast Lead,” terang Oron. “Ini merupakan usaha untuk menunjukkan solidariti kepada pemuda Yahudi Israel, dan mungkin juga sebagai usaha untuk menyedarkan askar Israel.” Oron bersama-sama 8 orang lagi pemuda dan pemudi Israel telah dipenjara dan kemudiannya dilepaskan setelah enggan mendaftar diri dalam tentera Israel. Mereka merancang untuk menderma gaji yang diterima sepanjang tempoh khidmat tentera kepada pembangunan semula Genting Gaza. Beberapa ribu shekels yang mereka dermakan itu disalurkan kepada pertubuhan Doctors without Borders, yang akan digunakan untuk memberi peralatan perubatan untuk penduduk Gaza. [Sumber: Ramattan, War Resisters’ International, Amnesty International]