fbpx

HALUAN Kedah jayakan Kursus Akar Umbi Kristianiti

HALUAN Kedah jayakan Kursus Akar Umbi Kristianiti

ALOR SETAR, 4 April 2009 — HALUAN Kedah dengan kerjasama PERKIM USJ-Subang Jaya telah menjayakan Kursus Akar Umbi Kristianiti dari 3hb hingga 4 hb April 2009. Kursus yang diadakan di Dewan SeRU KOINSAN tersebut telah dihadiri oleh seramai 48 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah jemputan dari PERKIM USJ-Subang Jaya, Ustaz Mohd Amin bin Yaacob.

Obektif utama Kursus Akar Umbi Kristianiti diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan fakta asas tentang agama Kristian supaya peserta dapat menangani dakyah Kristian dan seterusnya berhujah dengan jelas terhadap dakyah-dakyah tersebut, terutamanya apabila memberi hujah kepada orang bukan Islam.

Selain daripada memberi fakta bagaimana agama Kristian terwujud dan penyesatan yang mereka bawa, Ustaz Mohd Amin juga telah memberi panduan secara praktikal bagaimana membalas hujah dan sanggahan dakyah Kristian terhadap agama Islam.

Peserta-peserta yang hadir nyata berpuas hati dengan pengisian kursus ini, dan berharap untuk mengikuti kesinambungan pada masa akan datang.