HALUAN

Sukarelawan Konvoi Flotila Berkongsi Pengalaman Di Kuching

16 Julai 2010, Kuching — Sukerelawan HALUAN yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza telah mengadakan sesi penerangan permasalahan Palestin dan perkongsian pengalaman diserang tentera Zionis di atas kapal Mavi Marmara bersama-sama penduduk di sekitar Bandar Kuching. Dr Mohd Arbaai Shawal, seorang doktor perubatan yang juga ahli Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) diterbangkan khas dari Johor …

Pelajar Dimotivasi di Kem Pembelajaran Efektif

Pelajar Dimotivasi di Kem Pembelajaran Efektif

Putrajaya, 11 Julai 2010 — Seramai 46 orang pelajar-pelajar putera dan puteri telah berjaya mengikuti Kem Pembelajaran Efektif HALUAN 2010 (KPE) dari 10 hingga 11 Julai baru lalu di Masjid Putra, Putrajaya. Program yang dianjurkan bersama oleh Biro Haluanita dan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) itu telah dapat membangkitkan motivasi pelajar-pelajar disamping mengutip panduan-panduan penting untuk …

Israel Luluskan Penempatan Baru di Baitulmaqdis Timur

Majlis Bandaraya Jerusalem telah meluluskan satu lagi penempatan haram yang baru bagi membina 32 unit rumah-rumah Yahudi di kawasan Pisgat Ze’ev di Baitulmaqdis Timur. Keputusan telah dibuat pada hari Isnin 12 Julai, kurang seminggu selepas pertemuan antara Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, dengan Presiden Amerika, Barrack Obama di Washington. Media Israel melaporkan bahawa …

HALUAN Sertai Konsert Mahabbah Gaza Sempena Karnival Sambutan Ulang Tahun Kesembilan IKIM.fm

HALUAN Sertai Konsert Mahabbah Gaza Sempena Karnival Sambutan Ulang Tahun Kesembilan IKIM.fm

SHAH ALAM, 11 Julai, 2010 – Hampir 5,000 orang telah hadir membanjiri Stadium Malawati di sni bagi mengikuti Konsert Mahabbah Gaza anjuran Rabbani Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama radio IKIM.fm dan pelbagai penaja bersama. HALUAN melalui projek LifeLine4Gaza (LL4G) turut serta menjayakan Konsert Mahabbah Gaza ini. Konsert ini merupakan acara kemuncak bagi Karnival Sambutan Ulang …

Kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka Ikuti Perkongsian LL4G

Kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka Ikuti Perkongsian LL4G

AYER KEROH – Kakitangan kerajaan di Jabatan Ketua Menteri telah berpeluang mendengar satu perkongsian daripada Ketua Misi Lifeline4Gaza, Tn. Hj. Noorazman Mohd Samsudin yang juga merupakan Pengerusi HALUANPalestin Malaysia dalam tazkirah mingguan mereka yang bertempat di Auditorium Laksamana, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perkongsian pengalaman saudara penceramah menarik minat lebih 300 kakitangan yang hadir termasuk …

KKH Semai Bakti di Shah Alam

KKH Semai Bakti di Shah Alam

Lebih 300 orang awam telah memanfaatkan tawaran pemeriksaan kesihatan percuma yang telah disediakan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) sepanjang minggu lepas di dua upacara yang berlainan. Di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam, KKH telah membuka ruang pameran dan kaunter pemeriksaan kesihatan di atas jemputan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena kempen MAIS …

HALUANPalestin Sertai Konsert Mahabbah Gaza Sempena Karnival Sambutan Ulang Tahun Kesembilan IKIM.fm

SHAH ALAM, 11 Julai, 2010 – Hampir 5,000 orang telah hadir membanjiri Stadium Malawati di sni bagi mengikuti Konsert Mahabbah Gaza anjuran Rabbani Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama radio IKIM.fm dan pelbagai penaja bersama. HALUAN melalui projek LifeLine4Gaza (LL4G) turut serta menjayakan Konsert Mahabbah Gaza ini. Konsert ini merupakan acara kemuncak bagi Karnival Sambutan Ulang …

HALUAN Kelantan Anjur Forum Isra’ Mikraj

HALUAN Kelantan Anjur Forum Isra’ Mikraj

KOTA BHARU, 10 Julai 2010 — HALUAN Kelantan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Ugama Al Hilal (SERU AL-HILAL) telah mengadakan majlis Forum Isra’ dan Mikraj yang disertai oleh dua ahli panel iaitu Ustaz Mohd Noor bin Awang Kechik (Mantan Pensyarah Kanan UiTM Machang) dan Prof. Madya Saufi bin Ismail (Pensyarah UiTM …

Masjid Wakaf Tembesu Selami Permasalahan Palestin

Masjid Wakaf Tembesu Selami Permasalahan Palestin

KUALA TERENGGANU, 8 Julai 2010 — HALUAN Terengganu terus mengorak langkah dengan mengadakan beberapa siri ceramah kesedaran permasalahan Palestin kepada masyarakat. Baru-baru ini, HALUAN Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, telah mengadakan ceramah Palestin bertemakan “Menyelusuri Sekatan Tembok Maut Gaza” yang bertempat di Masjid Wakaf Tembusu kelmarin, seusai solat Maghrib. Ceramah …

HALUAN Mengadakan Musafir Dakwah Ke Kemboja

HALUAN Mengadakan Musafir Dakwah Ke Kemboja

HALUAN Malaysia telah mengadakan program ziarah ke Kemboja yang diketuai sendiri oleh Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. Turut sertai rombongan ialah Ustaz Salleh bin Saad (Imam Masjid Putra, Putrajaya), Haji Mohamad Adi bin Ismail, Haji Mohamad Ritzuan bin Baharin (Exco Kelab Guru HALUAN Pusat), Ustaz Daniel Sallehi bin Abdul Hamid, Ustaz …