fbpx

Pelajar Dimotivasi di Kem Pembelajaran Efektif

Pelajar Dimotivasi di Kem Pembelajaran Efektif

Pelajar Dimotivasi di Kem Pembelajaran Efektif

Putrajaya, 11 Julai 2010 — Seramai 46 orang pelajar-pelajar putera dan puteri telah berjaya mengikuti Kem Pembelajaran Efektif HALUAN 2010 (KPE) dari 10 hingga 11 Julai baru lalu di Masjid Putra, Putrajaya.


Program yang dianjurkan bersama oleh Biro Haluanita dan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) itu telah dapat membangkitkan motivasi pelajar-pelajar disamping mengutip panduan-panduan penting untuk meningkatkan pencapaian mereka di dalam peperiksaan.

Dengan bantuan seramai 14 orang fasilitator yang dipimpin oleh En. Nasaruddin Abd Manaf sebagai Pengarah Program dan Prof. Madya Dr. Wan Muhaizan Wan Mustafa sebagai timbalannya, para peserta telah dapat mengikuti bengkel dan syarahan secara santai dan efektif.

Dr. Hj. Azizan Ahmad memulakan program dua hari tersebut dengan satu sesi ceramah motivasi yang menyentuh tentang keupayaan pelajar untuk menerobos keupayaan diri. Dr. Azizan Ahmad berjaya membangkitkan semangat pelajar untuk bertekad dan terus berusaha mencapai kejayaan, khususnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan datang.

Selain itu, dua orang guru pakar turut memberi panduan-panduan berguna kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Antara lainnya, cikgu Nasruddin, seorang guru pakar Bahasa Malaysia, telah memberi panduan bagaimana untnk menjawab dengan baik dan tepat dalam peperiksaan. Beliau juga telah memberi contoh-contoh karangan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan tahun lalu. Manakala Cikgu Zulaini, seorang guru pakar bagi subjek Matematik, telah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjawab soalan Matematik dengan mudah.

Dr. Wan Muhaizan pula telah dapat berkongsi kaedah bagaimana para pelajar harus memanfaatkan masa di saat-saat akhir menjelang peperiksaan dengan membuat jadual pembelajaran secara lebih khusus. Beliau juga dengan mendedahkan beberapa teknik pembelajaran lain yang dapat membantu persediaan pelajar menghadapi peperiksaan.

Tn. Hj. Engliman Bin Roslan, seorang pakar motivasi dan kaunselor remaja, telah memberi ceramah e-learning mendedahkan metodologi pembelajaran kendiri. Beliau juga telah menyampaikan ceramah yang cukup bertenaga iaitu “Diri Yang Amat Kuhargai”.

Sepanjang tempoh program ini, acara yang paling diminati oleh para peserta adalah “study tracking”. Acara ini merangkumi adunan aktiviti fizikal dan subjek yang dipelajari dalam Tingkatan 3 yang melibatkan 6 check-points.

KPE kali turut dimeriahkan dengan kehadiran saudara Hilal Asyraf, seorang penulis novel remaja yang prolifik, yang telah menarik minat dan perhatian para peserta kerana berpeluang untuk bersama dengan penulis teladan yang tidak asing lagi bagi remaja masa kini.